20 May 2011

J.A.T.U.H


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang

Pernahkah anda terjatuh basikal? Hmm, seingat saya masa kecik-kecik dulu ada je jatuh basikal. Tapi masa tu, dengan tahap kognitif yang masih muda, jatuh bangun semula. Kalau jatuh lagi, bangun dan terus mencuba lagi sampai berjaya. Itu masa kecik-kecik dulu.


Tapi sekarang ni, apabila usia sudah meningkat melepasi suku abad, kadang-kadang tertewas dengan kehendak diri. Tertewas dengan emosi sendiri. Terlalu mengikut kata hati yang akhirnya menambah dosa sendiri. Pernah satu ketika, saya terlalu mahukan plan A saya berjaya. Namun, kata ALLAH, ketentuan seseuatu perkara itu terletak pada tangan-NYA. DIA Yang Maha Berkuasa. Pernah terduduk menangisi kegagalan itu. Sehinggakan melabel diri ini sebagai seorang yang gagal dan sering menyalahkan diri sendiri. Mungkin ALLAH mahu mentarbiyah diri ini. Muhasabah diri sendiri. Sejauh mana keikhlasan diri ini menjalankan tugas sebagai abdi-NYA. Berfikiran positif dan husnuzzhon dengan perancangan ALLAH yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk hamba-NYA.

Pernah juga satu ketika saya suarakan plan B saya. Mengikut firasat sebagai hamba-NYA yang serba dhaif ini, mungkin masih terlalu awal untuk saya suarakan hasrat tersebut. Namun, dengan tidak dijangka-jangka ALLAH kabulkan hajat itu dalam masa terdekat. Lihat, kan ALLAH Maha Penyayang, ALLAH itu Maha Mendengar, dan ALLAH Maha Mengetahui.

Saya teringat kepada mesej yang diterima daripada seorang teman:-
"Jika doamu dimakbulkan, tanda ALLAH menyayangimu
jika doamu lambat dimakbulkan, tanda ALLAH ingin mengujimu
jika doamu tidak dimakbulkan, tanda ALLAH merancang yang terbaik untukmu..."

Wahai diri yang disayangi,
Tabahkan hatimu
Betulkan niatmu semata-mata kerana mencari redha ALLAH
Rungkaikan segala rasa gelisah di hatimu
Bersujudlah kepada-NYA
Banyakkan berzikir kepada-NYA
Astaghfirullah...
Allahuakbar.

"Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Dengan "dzikrullah"itu, tenang tenteramlah hati manusia." Ar-Ra'd (13): 28.

***Awal pagi tadi, kami mendapat berita kematian bapa saudara kepada ayah saya merangkap tok saudara saya. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...