14 September 2011

NAIVE

Mak Wan memang seorang wanita yang tabah. Beliau seorang yang sangat kuat menempuh ranjau kehidupan. Dikurniakan dengan 5 orang anak, 3 lelaki dan 2 perempuan. Kesemuanya masih bersekolah. Anak sulung baru berusia 18 tahun manakala anak yang bongsu berusia 6 tahun. Mak Wan lah ibu kepada anak-anaknya, juga bapa kepada anak-anaknya. Bukan ertinya Mak Wan tidak mempunyai suami. Beliau ada suami yang tinggal berjauhan dengannya. Berjauhan kerana tugas mencari rezeki di ibu kota. Mak Wan bukanlah seorang yang tidak berilmu, beliau merupakan seorang penjawat awam- bekerja sebagai pendidik. Walaupun berjauhan dengan suaminya, Mak Wan mampu mengajar dan mengasuh anak-anaknya dengan baik. Beliau sangat menitik beratkan ilmu terutamanya berkenaan ilmu agama. Melalui ilmulah, kita dapat menguasai dunia dan akhirat. Mak Wan tabah meneruskan hidup bersendirian tanpa kehadiran si suami. Mungkin perkahwinannya itu hanyalah atas kertas sahaja. Manakan tidak, si suami tidak pernah memberikan nafkah kepadanya. Rasa-rasanya rumah yang didiaminya sekarang ini hasil titik peluh dirinya sendiri membanting tulang empat kerat. Bukan ertinya untuk mengangkat diri tetapi itulah kenyataan. Sebenarnya suaminya telah berkahwin lagi satu. Tidak pasti samada berita itu sahih atau tidak. Sekiranya benar, Mak Wan tidak boleh berbuat apa-apa. Kuasa ada pada si suami untuk membuka cawangan lebih daripada satu. Pernah suatu ketika mereka berpisah, dalam erti kata lain ialah bercerai- tetapi hanyalah beberapa bulan sahaja dan rujuk kembali.

Hidup ini perlu diteruskan walaupun apa yang kita rancang tidak menjadi. Apa hikmah di sebaliknya? ALLAH ialah penentu segalanya. DIA Tuhan Yang Maha Berkuasa. Rahsia hidup kita berada di tangan-NYA. Maka mengapa kita masih sombong untuk tunduk sujud kepada-NYA?

Ketenangan hidup akan dapat dirasa apabila kita berlapang dada menerima qada' dan qadar-NYA. Banyak memberi akan membuatkan diri berasa lapang. Usahlah ditagihkan penghargaan manusia, tetapi penghargaan daripada ALLAH itulah matlamat utama. Serahkan segala ketentuan kepada ALLAH.

"Appreciate the difference, Strengthen the similarities..."

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...