Kisah 1:-
"Dah lama kenal? Kamu betul-betul yakin ke dengan dia? Pak cik ni bukan apa, cuma nak beringat je. Pesanan sebagai orang yang dah lama hidup. Kami lebih awal makan garam daripada kamu".
"Dia kerja apa? Jangan jadi penagih atau penjual dadah sudah ler. Mana kita tau hati budi orang. Maklum la baru kenal pulak tu..."
Bicara Mak cik Sal:
"Kadang-kadang, kata-kata orang tua tu ada benarnya. Kita sebagai orang muda kena beringat dengan pesanan yang diberikan. Bukan ertinya kata-kata mereka itu sebagai tanda mereka membangkang atau membantah tindakan kita, tetapi itu tandanya mereka sayang dan ambil berat dengan kita. Kan teguran itu tandanya kasih mereka pada kamu, sebab mereka tak mahu lihat kamu menderita esok hari".
Saya: waa~ mak cik Sal dah pandai guna ilmu psikologi. reverse psychology. saya kena bersangka baik; husnuzzhon. lagipun, kan ALLAH ada, dan DIA MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA KUAT.
Kisah 2:-
"Saya suka makan tapi saya tak pandai masak dan saya sangat kagum dengan orang yang pandai masak", kata dia.
"Saya seorang yang sangat lambat untuk menguruskan kerja-kerja di dapur. Apabila saya ke dapur untuk membantu mak, mak saya akan menyuruh saya mengemas rumah. Jadi, sampai sekarang saya tidak pandai memasak", kata dia.
"Mana la saya sempat nak belajar masak-masak nih. Dari dulu tinggal di asrama, lepas tu masuk universiti. Sekarang ni, dah ada kerjaya sendiri, tinggal pula seorang diri. Maklum la, belum ada putera raja yang sudi menyunting bunga di taman larangan. Jadi, lebih baik saya beli makanan siap dari kedai je. Jimat masa," kata dia.
Saya: Mak saya memang seorang yang sangat tegas, garang, dan teliti. Kalau waktu memasak, anak-anak tak turut membantu di dapur, mak saya akan 'bising' satu rumah. Seolah-olah siren kecemasan sudah berbunyi. Memang akan ada kesalahan apabila pertama kali mencuba. Contohnya terlebih bawang, terlajak garam, terlebih minyak, terlalu masam, tepung terlalu cair dan sebagainya. Kalau tak buat salah, macam mana nak tahu perkara yang betulnya. Jadi, alhamdulillah dengan ketegasan mak saya maka lahirlah anak-anaknya seperti sekarang ni. [errr... syikin pandai masak tak? "saya pandai masak air je..."]
*Daurah Penang 14o12012.
Kisah 3:-
"Uncle, majalah ni berapa ringgit?" tanya saya.
"Ohh, mari saya tengok..." kata uncle pemilik kedai buku itu.
Tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi.
Kringgg, kringg, kringg...
Setelah selesai berbual di telefon, tiba-tiba uncle tu bersuara.
"Oh, you masih guna telefon itu lagi ya. Kawan-kawan macam you semua dah tukar telefon. Semua pakai yang canggih-canggih punya.. Saya tau, you tak mau susahkan bapa you ka? You mau tolong dia ka?" kata uncle sambil memberikan isyarat bagus (thumbs up) kepada saya. ;)
"Ya, ye.. betullah tu. Saya tak mau susahkan bapa saya," jawab saya. :)
Saya: Telefon saya sekadar untuk mesej dan call je. MMS, wifi, bluetooth, dan pelbagai lagi latest application tiada dalam handset saya.
*Kedai buku uncle belakang C-Mart: 16012012.