09 July 2014

TURUN BERAT BADAN

Umum mengetahui bahawa buah-buahan mengandungi serat yang tinggi, air dan nutrisi yang mampu membuatkan perut kita berasa kenyang. Maka tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan menganjurkan kita mengambil buah-buahan sebagai pelengkap diet harian kita.

Terdapat beberapa jenis buah yang mampu membantu menurunkan berat badan seseorang iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, tembikai, beri, dan anggur.

1. Limau gedang
Kajian mendapati buah limau besar mempunyai asid sitrik yang dapat menghalang kehadiran kalori dalam badan.

2. Oren
Buah oren dipercayai mempunyai kandungan serat yang tinggi paling. Serat yang ada dalam buah oren adalah daripada jenis larut dalam air dan amalan pemakanan buah oren mampu mengurangkan keinginan seseorang terhadap karbohidrat.

3. Epal
Kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum makan mampu menurunkan berat badan sebanyak 33 peratus.

4. Beri
Beri kaya dengan kandungan antioksida serta dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai
Terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam waktu singkat apabila reseptor dalam perut terangsang.

6. Anggur
Kandungan antioksida dalam buah anggur mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mampu mencegah pembentukan lemak dalam perut.

Selamat berpuasa. ;)
*terliuq pulak tengok buah yang segar nih...

Sumber: Berita Harian, artikel dimasukkan pada 21 April 2011


Syikin Maarop | 019-4507626
Owner at Sihat World
syikinmaarop@gmail.com

08 July 2014

PERFORMANCE DRINK

Salam. Selamat tengahari.


Macam puasa setakat hari ni? Masih bertenaga? Masih cegas?


Alhamdulillah. Kalau dah rasa letih lesu, cepat-cepat baca zikir yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada anakandanya Saidatina Fatimah. 

Bacalah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. InsyaALLAH anda akan kembali bertenaga. 

Haa, itu untuk makanan rohani kita. Untuk santapan fizikal pun perlu juga.

Saya cadangkan anda mengambil performance drink. Bukan laa minum sekarang ni, tapi masa bersahur tadi. Lepas berbuka puasa pun boleh juga minum PD.

Sesuai untuk seisi keluarga.


Kebaikan yang diperoleh daripada PD ialah:
- mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna bagi mencegah dehidrasi
- membekalkan tenaga dan stamina
- memberikan tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.


Dalam bulan puasa ni, sesuailah jika anda mengambil PD, memandangkan kita akan banyak terdehidrasi kerana cuaca yang panas masa kini.

JOM! Sihat cergas bersama PD. PM/ SMS/ WhatsApp: 019-4507626


Syikin Maarop | 019-4507626

Owner at Sihat World
syikinmaarop@gmail.com :)

02 July 2014

ANAK SYURGA

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.


Selamat berpuasa untuk semua muslimin dan muslimat. Sekarang sudah masuk hari ke 4 kita berpuasa. Alhamdulillah :)

Ramadhan dikenali sebagai bulan Al-Quran. Ertinya pada bulan ini kita digalakkan membaca Al-Quran. Bukanlah maksud saya pada bulan Ramadhan ni je kita perlu membaca Al-Quran tetapi ruh membaca al-Quran masa bulan puasa ni haruslah diteruskan hingga ke bulan seterusnya. Lazimi membaca al-Quran setiap hari walaupun dengan satu ayat. 

Ganjaran membaca al-Quran ini amat besar sehingga ada hadis Nabi s.a.w. menyatakan bahawa membaca al-Quran itu akan mendapat 10 ganjaran pahala. Bukanlah 1 ayat yang akan diberikan 10 ganjaran pahala tetapi satu huruf dalam ayat yang dibaca akan diberikan 10 ganjaran pahala. Subhanallah!

Saya ingin kongsikan sebuah kisah anak muda yang berumur 5 tahun setengah yang telah menghafaz al-Quran 29 juzuk. Allahuakbar. Betapa suci dan jernihnya hati anak muda ini. Orang yang menghafaz al-Quran ini dapat menyelamatkan ahli keluarganya daripada azab api neraka pada hari akhirat kelak. 

Semoga kita dapat menjadikan teladan atas kisah adik Musa ini yang BERJAYA menjadi hafiz al-Quran pada usia yang sangat muda.

Ikhlas, 
Syikin Maarop
*Saya bercita-cita untuk melahirkan zuriat keturunan yang menghafaz dan mengamalkan al-Quran.

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...