02 July 2014

ANAK SYURGA

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.


Selamat berpuasa untuk semua muslimin dan muslimat. Sekarang sudah masuk hari ke 4 kita berpuasa. Alhamdulillah :)

Ramadhan dikenali sebagai bulan Al-Quran. Ertinya pada bulan ini kita digalakkan membaca Al-Quran. Bukanlah maksud saya pada bulan Ramadhan ni je kita perlu membaca Al-Quran tetapi ruh membaca al-Quran masa bulan puasa ni haruslah diteruskan hingga ke bulan seterusnya. Lazimi membaca al-Quran setiap hari walaupun dengan satu ayat. 

Ganjaran membaca al-Quran ini amat besar sehingga ada hadis Nabi s.a.w. menyatakan bahawa membaca al-Quran itu akan mendapat 10 ganjaran pahala. Bukanlah 1 ayat yang akan diberikan 10 ganjaran pahala tetapi satu huruf dalam ayat yang dibaca akan diberikan 10 ganjaran pahala. Subhanallah!

Saya ingin kongsikan sebuah kisah anak muda yang berumur 5 tahun setengah yang telah menghafaz al-Quran 29 juzuk. Allahuakbar. Betapa suci dan jernihnya hati anak muda ini. Orang yang menghafaz al-Quran ini dapat menyelamatkan ahli keluarganya daripada azab api neraka pada hari akhirat kelak. 

Semoga kita dapat menjadikan teladan atas kisah adik Musa ini yang BERJAYA menjadi hafiz al-Quran pada usia yang sangat muda.

Ikhlas, 
Syikin Maarop
*Saya bercita-cita untuk melahirkan zuriat keturunan yang menghafaz dan mengamalkan al-Quran.

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...