Promo GLA buy 6 FREE 1 bakal tamat dalam enam hari lagi. Rugi kalau tak grab sekarang.
Nak kulit cantik?
Ikhtiar untuk hamil?
Hilangkan jeragat dan jerawat?
Ikhtiar untuk kecutkan cyst?
Period tidak teratur?
Anda disarankan untuk mengambil GLA sekiranya mengalami gejala di atas. :)
Hubungi saya segera.
Syikin Maarop | 019-4507626
syikinmaarop@gmail.com
#iluvshakleebiz
Welcome to Bicara Si PokokHijau blog. My nama is Syikin Maarop and I am your favourite Shaklee Independent Distributor (SID). Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278 | Tel: 0194507626 | Email: syikinmaarop@gmail.com Have a nice day! Thank you. :)
25 August 2014
17 August 2014
SHAKLEE CORP TIDAK MENYUMBANG KEPADA ISRAEL
Assalamu'alaikum.
Petang-petang yang indah ni saya nak share berkenaan dengan isu yang hangat diperkatakan sekarang. Tau tak isu apakah itu??? :)
SHAKLEE dan Israel.
Beberapa hari sebelum ni, heboh di media sosial seperti facebook menyatakan kita kena boikot Shaklee kerana Shaklee menyokong Israel. Ramai orang marah-marah, siap kutuk-kutuk lagi distributor Shaklee makan duit haram lah, sokong zionis lah, dan macam-macam lagi lah...
Tahukah anda? Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh?
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah Al-Baqarah: 191)
Untuk menjawab segala persoalan tersebut, jom kita ikuti penjelasan yang dibuat oleh CEO Shaklee Corporations, Mr Roger Barnett sempena Shaklee Convention di Long Beach.
Di bawah ini pula saya sertakan kenyataan bertulis daripada Shaklee Malaysia.
Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Yoshh!
Terima kasih. I Love Shaklee Biz :)
Syikin Maarop | 019-4507626
syikinmaarop@gmail.com
RAYA KE-4 1435H
Assalamu’alaikum.
Raya tahun ni merupakan raya yang best bagi saya. Alhamdulillah.
Sebelum-sebelum ni pun seronok juga sambutan raya cuma untuk tahun ni lebih
bermakna. Keluarga ayahanda Maarop dan bonda Siti Salhah ada pertambahan ahli
baru. Mak dan ayah dapat menantu baru bulan Mei baru-baru ni.
**Alamak, gambar keluarga untuk abang sulung saya tak ada lah pulak... Sat, nak godek-godek album. Hehe
Raya kali ni juga saya banyak berziarah ke rumah sanak saudara dan sahabat-sahabat.
Saya dan suami juga menerima banyak jemputan ke rumah terbuka. Waaa... puasa
sebulan, raya pun nak sebulan jugak ke...? Hihihi
Syawal keempat saya dan suami pergi ke rumah sahabat karib suami saya,
Ustaz Wan dan isterinya Kak Lin. Ada sejarah berkenaan ukhwah kami ni. Ustaz
Wan dan Kak Lin merupakan ‘match maker’ antara saya dengan suami. Perkenalan
saya dan suami bermula apabila pasangan suami isteri tersebut cuba untuk
merekomenkan saya kepada suami. Alhamdulillah, perhubungan sebagai sahabat
akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Ceeewahh...
Terima kasih kepada Ustaz Wan dan Kak Lin kerana mempertemukan kami.
Hakikatnya daripada ALLAH jua. Sungguh besar jasa yang dicurahkan oleh pasangan
suami isteri ni. Saya berdoa semoga Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah
kepada keluarga Kak Lin.
Amiiin.
***Dalam gambar, Kak Lin sedang memangku anak kecilnya, Fayyad.
Syikin Maarop | 019-4507626
syikinmaarop@gmail.com
MARSHED POTATO
Haaa.. Teringin tak
tengok marshed potato ni?
Mudah saja untuk membuatnya.
Mudah saja untuk membuatnya.
Kredit kepada suami
kak Najibah Mustaffa, sahabat FB saya.
--------------------------
RESIPI KENTANG PUTAR / LENYEK
Bahan-bahan
Kentang dalam 6-8 biji. Tengok pada saiz. Nak buat banyak pun takpe.
Susu segar.
Serbuk lada hitam
Lada sulah
Butter dalam 2-3 sudu
Cara-cara :
Kupas kulit kentang. Potong 4 kemudian rebus. Bagi empuk. Bila dah empuk, toskan airnya. Rebus lebih kurang 20 minit.
Bila dah empuk, masukkan kentang dalam bekas lain, dan lenyek-lenyekkan. Sambil-sambil lenyek tu masukkan butter. Kemudian serbuk lada hitam dan lada sulah. Terpulang nak rasa macam mana, kalau nak pedas boleh letak lebih.
Kemudian masukkan susu segar sedikit demi sedikit. Supaya nak bagi kentang tu nak rasa lemak dan teksturnya gebu. Terpulang la nak rasa lemak macam mana.
Kemudian lenyek sampai la nak dapat hasil yang diidamkan. Siap.
RESIPI SOS/ GRAVY
Bahan-bahan
1 labu bawang besar. Ditumbuk.
2 ulas bawang putih. Ditumbuk juga.
3-4 sudu Butter
2 sudu tepung jagung yang dibancuh dengan air panas. (Dia jadi melekit-lekit lepas tu )
2 kiub ayam.
Serbuk lada hitam
Lada sulah
2 1/2 cawan air.
Cara-cara :
Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang tadi sampai bertukar warna.
Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung sampai jadi warna agak coklat.
Masukkan air dan kacau.
Masukkan kiub ayam supaya ada rasa ayam.
Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan lada sulah ikut rasa yang kita nak.
Kemudian masukkan air. Kalau pekat sangat boleh lebihkan sukatan air.
Kacau sehingga sebati. Siap. Kalau beketul-ketul sosnya, masukkan dalam blender dan blend sampai jadi kuah yang cantik.
Kemudian bolehlah dihidangkan bersama dengan kentang tadi.
Selamat mencuba. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)
SALAM MA'AL HIJRAH 1433
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...
-
Petang ni saya nak kongsikan beberapa kesilapan dan kesalahan dalam membuat kek. Semoga dengan panduan ini, ianya membantu anda dalam m...
-
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani Perniagaan merupakan sunnah nabi s.a.w. Terdapat juga sabda Nabi Muhammad s....
-
Resepi Pau Mawar ****************** 500g tepung pau jenama baker choice 7g double action baking powder 45g shortening 7g mauripan 3 su...