17 August 2014

MARSHED POTATO

Haaa.. Teringin tak tengok marshed potato ni?

Mudah saja untuk membuatnya.


Kredit kepada suami kak Najibah Mustaffa, sahabat FB saya.

--------------------------
RESIPI KENTANG PUTAR / LENYEK

Bahan-bahan

Kentang dalam 6-8 biji. Tengok pada saiz. Nak buat banyak pun takpe.
Susu segar.
Serbuk lada hitam
Lada sulah
Butter dalam 2-3 sudu

Cara-cara :

Kupas kulit kentang. Potong 4 kemudian rebus. Bagi empuk. Bila dah empuk, toskan airnya. Rebus lebih kurang 20 minit.

Bila dah empuk, masukkan kentang dalam bekas lain, dan lenyek-lenyekkan. Sambil-sambil lenyek tu masukkan butter. Kemudian serbuk lada hitam dan lada sulah. Terpulang nak rasa macam mana, kalau nak pedas boleh letak lebih.

Kemudian masukkan susu segar sedikit demi sedikit. Supaya nak bagi kentang tu nak rasa lemak dan teksturnya gebu. Terpulang la nak rasa lemak macam mana.

Kemudian lenyek sampai la nak dapat hasil yang diidamkan. Siap.

RESIPI SOS/ GRAVY

Bahan-bahan

1 labu bawang besar. Ditumbuk.
2 ulas bawang putih. Ditumbuk juga.
3-4 sudu Butter
2 sudu tepung jagung yang dibancuh dengan air panas. (Dia jadi melekit-lekit lepas tu )
2 kiub ayam.
Serbuk lada hitam
Lada sulah
2 1/2 cawan air.

Cara-cara :

Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang tadi sampai bertukar warna.

Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung sampai jadi warna agak coklat.

Masukkan air dan kacau.

Masukkan kiub ayam supaya ada rasa ayam.

Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan lada sulah ikut rasa yang kita nak.

Kemudian masukkan air. Kalau pekat sangat boleh lebihkan sukatan air.

Kacau sehingga sebati. Siap. Kalau beketul-ketul sosnya, masukkan dalam blender dan blend sampai jadi kuah yang cantik.

Kemudian bolehlah dihidangkan bersama dengan kentang tadi.

Selamat mencuba. :)

Syikin Maarop | 019-4507626
syikinmaarop@gmail.com

No comments: