17 August 2014

RAYA KE-4 1435H

Assalamu’alaikum.

Raya tahun ni merupakan raya yang best bagi saya. Alhamdulillah. Sebelum-sebelum ni pun seronok juga sambutan raya cuma untuk tahun ni lebih bermakna. Keluarga ayahanda Maarop dan bonda Siti Salhah ada pertambahan ahli baru. Mak dan ayah dapat menantu baru bulan Mei baru-baru ni.

**Alamak, gambar keluarga untuk abang sulung saya tak ada lah pulak... Sat, nak godek-godek album. Hehe

Raya kali ni juga saya banyak berziarah ke rumah sanak saudara dan sahabat-sahabat. Saya dan suami juga menerima banyak jemputan ke rumah terbuka. Waaa... puasa sebulan, raya pun nak sebulan jugak ke...? Hihihi

Syawal keempat saya dan suami pergi ke rumah sahabat karib suami saya, Ustaz Wan dan isterinya Kak Lin. Ada sejarah berkenaan ukhwah kami ni. Ustaz Wan dan Kak Lin merupakan ‘match maker’ antara saya dengan suami. Perkenalan saya dan suami bermula apabila pasangan suami isteri tersebut cuba untuk merekomenkan saya kepada suami. Alhamdulillah, perhubungan sebagai sahabat akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Ceeewahh...

Terima kasih kepada Ustaz Wan dan Kak Lin kerana mempertemukan kami. Hakikatnya daripada ALLAH jua. Sungguh besar jasa yang dicurahkan oleh pasangan suami isteri ni. Saya berdoa semoga Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada keluarga Kak Lin. 

Amiiin.

***Dalam gambar, Kak Lin sedang memangku anak kecilnya, Fayyad.

Syikin Maarop | 019-4507626
syikinmaarop@gmail.com

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...