19 April 2015

Kelebihan Bulan Rejab bagi Umat Islam

Menjelang Maghrib tadi kalendar umat Islam telah berubah daripada bulan Jamadil Akhir kepada bulan Rejab.

Bulan Rejab ni dikatakan bulan Allah Taala. Bulan Sya'ban pula ialah bulan Nabi Muhammad s.a.w. manakala bulan Ramadhan ialah bulan untuk umat Islam.

Bila dah masuk bulan Rejab ni, maksudnya ada lebih kurang 2 bulan lagi untuk kita menyambut Ramadhan. Bulan Rejab dan Sya'ban dikatakan bulan latihan untuk kita membuat persediaan menjelang Ramadhan. Dalam erti kata lain, Ramadhan ialah hari peperiksaan yang kita nantikan manakala bulan Rejab dan Sya'ban adalah masa untuk kita membuat latih tubi.

Lima malam yang dimustajabkan doa ialah:
1. Malam Jumaat
2. Malam dua hari raya (Aidil fitri dan Aidil Adha)
3. Awal bulan Rejab
4. Malam nisfu Sya'ban

Kita digalakkan berdoa pada bulan Rejab seperti yang diajarkan oleh Baginda s.a.w. Doanya adalah seperti dalam gambar.

Selamat beramal dan saya doakan agar amalan kita semakin hari semakin bertambah dan diberkati Allah.

No comments: