25 May 2015

7 Tips Melayan Kerenah Anak-anak

Anak adalah anugerah daripada Allah yang sangat bernilai. Setiap pasangan suami dan isteri yang telah berkahwin pasti mendambakan kehadiran cahaya mata dalam rumahtangga yang dibina.

Di sini, saya ingin kongsikan tujuh tips melayan kerenah anak. Didoakan perkongsian ini bermanfaat untuk semua. 😊

👶1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

👶2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

👶3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

👶4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

👶5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

👶6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

👶7- Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

12 May 2015

6 Rawatan Socks Remedies untuk Demam, Batuk, dan Selesema

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah.

💧Teknik Hidroterapi Stokin Basah 💧

Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai.

Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan darah untuk melawan kaki basah, yang juga merangsang sistem imun. Stoking selalunya akan kering pada waktu pagi. Ulangi rawatan selama lima hingga enam malam berturut-turut seperti yang diperlukan untuk mengurangkan demam.

Kenapa di kaki?👣

Kerana kaki kita mengandungi kepekatan yang lebih tinggi kelenjar peluh daripada seluruh badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba.-Dr. Mehmet Oz, MD (http://www.sharecare.com/user/dr-mehmet-oz)

Selain kaedah wet socks menggunakan air biasa, terdapat beberapa penawar semulajadi yang juga sangat berkesan dalam merawat penyakit selsema atau batuk dan demam untuk melawan virus dan bakteria.

✔1. GARLIC SOCKS - MERAWAT SELSEMA /BATUK / DEMAM

Letakkan bawang putih pada stokin anak.

Cara untuk bayi atau anak kecil :

1. Pakaikan anak stoking berlubang besar sedikit spt jenis berkait atau yg berlubang-lubang.

2. Ambil sehelai lagi stoking, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk sedikit, tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih).

Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan minyak bawang putih dan sapukan pada tapak kaki anak.

Cara buat minyak : Bakar seulas bawang putih tanpa buang kulit, lenyekkan pada minyak zaitun (boleh gunakan minyak masak biasa, minyak kelapa, atau minyak yang tiada bahan yang tidak semulajadi)

Untuk anak yg lebih dewasa :

Boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.

3. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Bawang putih sangat baik utk paru-paru. Ia juga akan melawan bakteria & virus dan pada masa yg sama juga meningkatkan imun badan.

✔2.ONION SOCKS

Menggunakan kaedah atau cara yang sama seperti Garlic Socks.

Penawar menggunakan bawang putih ini boleh digunakan untuk merawat apa sahaja penyakit disebabkan virus, bakteria atau fungus manakala bawang merah untuk penyakit disebabkan virus dan bakteria sahaja.

✔3. LEMON SOCKS - MERAWAT DEMAM

Cara merendam stoking dengan jus lemon.

1. Perah jus lemon (lemon organik lebih bagus, jika tiada, guna sahaja lemon biasa) campurkan dalam semangkuk air suam.

2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar-benar menyerap jus tersebut.

3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.

4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki.

Boleh juga gunakan kain dan celup pada jus lemon, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan jus lemon, lapis dengan 1 stoking kering).

Cara hirisan lemon :

1. Hiris lemon nipis-nipis.

2. Lekatkan pada tapak kaki guna hansaplast atau tak perlu lekat, terus balut dengan stoking.

3. Pakaikan stoking semalaman.

4. Tukar hirisan lemon jika lemon tersebut kering semasa tidur.

✔4. FIG VINEGAR (FV) / CUKA BUAH TEEN atau APPLE CIDER VINEGAR (ACV) / CUKA EPAL - MERAWAT DEMAM

1. Ambil FV/ACV kira-kira 2-3 sudu besar, campurkan dalam semangkuk air suam. Atau ikut kadar 1:1

2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar-benar menyerap jus tersebut.

3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.

4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki.

*Boleh juga gunakan kain dan celup pada FV/ACV bercampur air suam tadi, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan ACVn, lapis dengan 1 stoking kering)

*Boleh juga menggunakan cuka kurma atau cuka putih biasa.

Sebelum memulakan semua rawatan di atas, sila lakukan ujian pada kulit anak dahulu. Oleskan sedikit bahan yang mahu digunakan, tunggu dalam setengah jam, lihat ada keradangan kulit atau tidak. Jika tidak boleh teruskan, jika ada sila hentikan. Kaedah ini dipanggil PATCH TEST..

Bagaimana sifat asid lemon / fv / acv membantu merawat demam atau menurunkan suhu demam panas?

Ini kerana sifat asid membantu menarik haba daripada kulit dan menarik haba keluar dari kepala dan bersurai ke seluruh badan. Apabila haba dapat bergerak ia menjadi satu alat aktif untuk melawan jangkitan.

✔>>>Selain itu, boleh juga menggunakan PUTIH TELUR (bagi yang tidak alah pada telur, dan anda akan lihat putih telur seakan masak setelah menyerap haba daripada badan) .

✔>>>Jel LIDAH BUAYA / ALOE VERA fresh daripada daunnya juga boleh digunakan merawat demam dengan cara sapukan jel pada seluruh tapak kaki dan pakaikan stokin, oleskan lagi jel tersebut 2-3 kali diwaktu pesakit sedang tidur.

Sumber: GROUP NUTRISI REMEDI ALAMI MALAYSIA (GNRAM).

09 May 2015

8 Jenis Warna Urin dan Simptom-simptomnya

"Urin saya warna kuning macam B-Complex"

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas? ☝

Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.

Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

🚩KUNING PUCAT - warna urin normal

🚩KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

🚩KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex

🚩KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

🚩OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

🚩KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

🚩KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

🚩KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.

Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278 | Tel: 0194507626

07 May 2015

Qoute of the day #3

Bersyukur kerana dilahirkan dengan nikmat Islam dan iman.

Senjata bagi orang mukmin ialah bersabar dan berdoa.

Salam Jumaat! 😊🌹

06 May 2015

I am certified Shaklee Independent Distributor (SID)

Salam all :)

Alhamdulillah, saya dah dapat sijil untuk bengkel nutrisi Shaklee yang saya hadiri bulan lepas. 😊

Memang bessst sangat dapat join bengkel nutrisi ni. Banyak ilmu yang saya kutip sepanjang berbengkel.

Saya teringat satu perkara yang disampaikan oleh pakar nutrisi Shaklee, cik Ili, katanya:

"Salah satu faktor diri kita mudah terima penyakit ialah kerana pemakanan."

Sekarang ni semuanya nak suntik kan? Suntik ayam lah, suntik sayur lah, suntik muka lahh.. oupss! 😆

Seronok dapat jumpa dengan rakan-rakan SID yang lain. Kami dapat bertukar-tukar pandangan dan idea berkenaan cara pemasaran untuk bisnes Shaklee ni. Selain tu, dapat juga minum Mealshakes dan Performance Drink free. Yeehaaa! 😉

Ada juga slot untuk kuiz dan hadiah menarik juga ditawarkan. 🎁

Ok lah, setakat tu saja dulu coretan saya untuk entry ni. Till we meet again 💜

Ehh! Untuk sesiapa yang berminat untuk join Shaklee FREE MEMBERSHIP, boleh hubungi saya. SMS / WhatsApp: 0194507626 (Syikin)

I am your trusted Shaklee Independent Distributor (SID):
Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...