09 May 2015

8 Jenis Warna Urin dan Simptom-simptomnya

"Urin saya warna kuning macam B-Complex"

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas? ☝

Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.

Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

🚩KUNING PUCAT - warna urin normal

🚩KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

🚩KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex

🚩KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

🚩OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

🚩KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

🚩KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

🚩KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.

Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278 | Tel: 0194507626

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...