Seorang kawan saya baru kahwin jumpa seorang alim. Ustaz tanya macam mana perkahwinan kamu?
Alhamdulillah ustaz. Isteri saya seorang yang taat. Baik sangat. Isteri idaman. Semua dia buat di rumah. Makan minum, pakaian, rumah semuanya terurus. Semuanya cantik. Di jaga saya baik-baik. Saya tak sempat buat apa-apa. Dia rajin sangat.. untung tak saya ustaz?
Jawab ustaz tadi. Isteri kamu yang untung. Dia bakal ahli syurga tinggi. Dia hebat. Dia tunaikan semua hak kamu. Dari cerita kamu. Kamu rugi sebab kamu tak dapat khidmat kepada isteri kamu. Sepatutnya berlumba khidmat. Berlumba siapkan sahur. Berlumba bangun awal tahajud. Berlumba buat baik.
Perkahwinan ialah berlumba memberi. Bersama-sama buat semua perkara. Saling bertolak ansur. Berlumba beri nasihat. Berlumba kata saya salah. Berlumba kata I Love U. Berlumba gembirakan pasangan kerana ALLAH.
Jika asyik orang berkhidmat pada kita. Periksalah mungkin kita semakin jauh dari kebaikan dan hati yang bersih. Jika kita sibuk bekhidmat itulah jalan Nabi saw dan sahabat. Orang suka khidmat dapat kasih sayang ALLAH.
Kredit to: Ustaz Ebit Lew
1 comment:
Assalamualaikum...
hai!
Saya ada jual iphone,samsung,oppo,phone case,powerbank dan etc
jemput tengok blog saya
http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/
ig saya
@nurnasuha96_
whatsapp +60196117811
Post a Comment