Petang ni saya nak kongsikan beberapa kesilapan dan kesalahan dalam membuat kek. Semoga dengan panduan ini, ianya membantu anda dalam menghasilkan kek yang sempurna, cantik dan sedap.
~Soalan ini sering kali diajukan :
"Kenapa kek tak menjadi seperti yang ada pada gambar resepi?"
Berikut adalah kesalahan-kesalahan biasa yang menyebabkan kek tak menjadi dengan sempurna dan sebab-sebabnya:
(hasil rujukan dari pelbagai sumber dan sumber sendiri)
✔KEK TIDAK NAIK SEKATA :
Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh.
Bancuhan tepung tidak sebati.
Suhu ketuhar mungkin terlalu panas.
Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar.
Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan.
✔KEK MENJADI BANTAT :
Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul.
Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok.
Sebaik-baiknya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
Suhu ketuhar terlalu rendah.
✔KEK MENDAP DI BAHAGIAN TENGAH :
Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya.
Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
Sukatan bahan tidak tepat.
Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
Mentega dan gula tidak betul2 sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
✔KEK TERLALU LEMBAB DAN LEPER :
Terlampau banyak cecair.
Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
✔KEK TERLALU BERAT :
Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung.
Gula yang digunakan melebihi sukatan.
Terlalu banyak cecair.
Suhu ketuhar terlalu rendah.
✔KEK MEREKAH :
Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan.
Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
Kekurangan cecair.
Acuan / loyang terlalu kecil.
Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
✔KEK BUAH MENDAP :
Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
Terlebih serbuk penaik.
Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit.
Adunan tidak dipukul sebati.
✔ KEK MENJADI KERAS :
Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
Terlalu banyak tepung gandum.
Tidak cukup cecair.
Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yg boleh dipercayai.
✔ KEK MENJADI KERING :
Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat.
Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
✔ KEK MENJADI SEPERTI ROTI :
Sukatan serbuk penaik tidak tepat.
Sukatan mentega / marjerin tidak tepat.
Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai.
Tepung tidak sesuai.
Adunan tidak dipukul dgn sempurna
✔KEK MENJADI SEPERTI BINGKA :
Bancuhan tidak dipukul sebati.
Terlampau banyak cecair.
Tepung terlalu sedikit.
Suhu ketuhar tidak cukup panas.
Semoga bermanfaat. :)
Sumber: group fb MAHN.