17 August 2016

Lidah Buaya Berupaya Hapus Jerawat

Boleh dikatakan ramai yang mengetahui atau mendengar mengenai kemampuan penyembuhan daripada pokok lidah buaya.
Lidah buaya memiliki fungsi yang baik untuk melembutkan dan meremajakan kulit kerana sifat antibakteria dan antiradang dimilikinya. Getah semula jadi daripada lidah buaya mampu menyembuhkan kulit daripada luka dan bekas luka dengan cepat.
Antara kemampuan dimiliki lidah buaya terhadap kulit wajah ialah kemampuannya menghilangkan jerawat. Justeru boleh dikatakan lidah buaya patut ada di setiap rumah yang pastinya menjimatkan wang untuk membeli produk mahal.
Lidah buaya sejenis tanaman unik, dengan sifat penyembuhannya yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman kuno. Getah lidah buaya amat efektif sebagai cara menghilangkan bekas jerawat secara semula jadi kerana kandungannya yang terdiri daripada zat penting berikut:

Vitamin
Lidah buaya kaya vitamin A, B, C, dan E yang masing-masing memiliki fungsi yang sangat baik untuk menghalus dan mencantikkan kulit.
Vitamin A membantu perkembangan sel kulit sehingga kulit dapat bekerja dengan lebih cepat untuk menyembuhkan dirinya sendiri. Oleh itu, bekas jerawat akan perlahan-lahan hilang. Kekurangan vitamin B pula menyebabkan masalah pada kulit. Sebaliknya dengan pengambilan vitamin B secukupnya, kulit menjadi lebih sihat dan cerah. Dengan bantuan vitamin C dan E, kulit menjadi lebih anjal dan awet muda.

Flavonoid
Flavonoid yang terkandung di dalam lidah buaya memiliki fungsi sebagai antioksidan. Dengan bantuan antioksidan, kulit terhindar daripada pengaruh radikal bebas yang membuatkan kulit tampak kusam dan kering.
Lidah buaya membantu dalam melembabkan kulit serta mencerahkan noda hitam yang muncul pada kulit akibat pengaruh jerawat. Selain itu, bukan hanya bekas jerawat yang boleh disembuhkan dengan bantuan lidah buaya, jerawat pun akan kurang muncul kerana sifat antibakteria lidah buaya.

Cara penggunaan lidah buaya untuk menghilangkan bekas jerawat:
1. Untuk menghilangkan jerawat dengan cepat, anda boleh menggunakan getah yang dikeluarkan dari lidah buaya sebagai bahan rawatan semula jadi.
2. Sebelum menggunakan lidah buaya, daun tanaman itu dibersihkan terlebih dulu. Ia akan membantu untuk menghindari radang atau kegatalan yang mungkin menyerang wajah.
3. Potongan daun lidah perlu disimpan dua minggu dengan menyejukkannya terlebih dulu dan digulung dalam kain. Prosedur ini amat penting terutama untuk daun yang dipotong dekat dengan akar tanaman.
4. Selanjutnya untuk menghilangkan bekas jerawat secara pantas, bersihkan kulit yang akan disapu lidah buaya terlebih dulu dengan air hangat. Kemudian buat masker semula jadi daripada getah lidah buaya
5. Untuk membuat masker ajaib ini, campur satu sudu besar minyak zaitun dengan getah yang sudah diperah dari daun lidah buaya.
6. Campur secara menyeluruh dan pakai masker selama kira-kira 15 minit sebelum membilas wajah anda dengan air sejuk.

Selamat mencuba! :)


Sumber: Harian Metro

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...