08 November 2017

7 Zikir Murah Rezeki Oleh Diana Rafar

Perkongsian 7 zikir ini Diana Rafar tulis di status instagramnya. Bagus sekali jika diamalkan bacaan 7 zikir ini dalam kehidupan seharian. Tambahnya, in sha Allah kalau diamalkan anda akan terkejut rezeki datang tanpa disangka-sangka.

Saratkan hati dengan zikir adalah lebih baik daripada membiarkan hati dibelenggu perasaan iri hati dan dengki. Dari situlah kebahagiaan hati akan terserlah menerusi wajah indah berseri-seri. Jom semak cara menjemput rezeki suami isteri ini. Kalau diamalkan berdua tentu lebih murah dan lapang rezeki dan keberkatannya.

7 Zikir Yang Diana Rafar Amalkan

1. Mengucapkan ‘La Hawla Wala Quwwata Illa Billah’

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan ‘La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca ‘La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin’

Barangsiapa setiap hari membaca ‘La ilaha illallahul malikul haqqul mubin’ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Lazimkan Lidah Menyebut ‘Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adziim’

Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Bacalah Surah Al-IKHLAS

Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Amal Membaca Surah Al-WAQIAH

Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KE ATAS NABI

Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda : Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHFAR

Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Doa Harian Menjemput Rezeki

Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang Luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan
kami. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.

Jika ada di bumi maka keluarkanlah.
Jika jauh maka dekatkanlah.
Jika dekat maka mudahkanlah.
Jika sedikit maka banyakkanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami.. Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.

Sumber/Foto : Instagram Diana Rafar

sumber:Mingguan Wanita.

10 Tips Muka Lebih Berseri


Wajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.

Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Ketiadaan masa pada masa kini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk menjaga muka. Berikut adalah tips yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah.

1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA

Orang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah?

Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.

2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI

Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.

3. SERBUK TEH DAN MADU

Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.

Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.

4. WAP PANAS

Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.

Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.

Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.

5. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU

Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.

6. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN

Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.

7. TEH HIJAU (GREEN TEA)

Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.

8. MINYAK SAYURAN

Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.

9. SENAMAN MUKA

Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.

10. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH

Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.

Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.

AKHIR KATA

Cara jaga muka
Foto Kredit: tiptophomeremedies.com

Selalulah membasuh muka dan rutin yang paling ringkas bagi yang beragama Islam adalah air wuduk yang membersihkan muka dan jiwa kita. Bersihkan tangan anda ketika hendak memegang muka dan selalulah membuat perawatan muka (masker, scrub) sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Sentiasa berselawat dan berdoa pada Allah agar dengan izin-Nya muka anda akan sentiasa berseri dan bercahaya, Insya-Allah

27 October 2017

5 Tips Mudah Kurangkan Resdung


1.Hidrasi

Minum banyak air mineral. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong lendir keluar. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman manis, dan jangan merokok. Sekiranya anda masih berdegil, ia boleh menyebabkan lendir semakin menebal dan saluran pernafasan semakin tersumbat sehingga mencetuskan keradangan yang lebih teruk.

2. Air Panas

Petua hilangkan resdung seterusnya ialah dengan sedut wap air panas. Caranya? 

Pertama, rebus air mengikut saiz bekas anda, lalu campurkan dengan air garam sehingga mendidih. Letakkan kepala anda 30cm di atas air, lalu sedut wap tersebut.

Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh menutup kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.

3. Tuam Tuala Pada Muka Dengan Air Panas

Petua lain yang anda boleh amalkan adalah dengan menuam tuala di bahagian pipi dengan air panas tersebut. Tapi janganlah panas sangat, kang melecur muka deknon. Suam suam kuku pun okay. Panaskan air, sehingga mendidih dan tuamkan tuala di bahagian muka anda..

Cara ini dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.

4. Lidah buaya

Menarik, kan? Lidah buaya pun boleh digunakan untuk mengubati resdung sebab ia mengandungi sifat antiseptik. Cara menggunakan lidah buaya ini adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Untuk kesan lebih baik, minum rebusan lidah buaya.

5.Limau Nipis dan Daun Pandan

Petua seterusnya ialah menggunakan campuran limau nipis dan daun pandan. Caranya, sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, pisahkan bijinya. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan.

Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda, elakkan dari terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Selesai dah boleh cuci wajah anda dengan air biasa.

Amaran!!! Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ini kerana ia akan menyebabkan kesan pedih yang maksimum namun masih terkawal. Kesan berbeza mungkin terjadi pada setiap individu dan keadaan resdung anda. Sila rujuk pakar terlebih dahulu andai ragu – ragu.

Kredit: Page Fb Tips Keselamatan dan Kesihatan

7 Tanda Hamil Bayi Lelaki

Ciri Hamil Bayi Lelaki

1. Malas Dandan
Banyak yang mengindikasikan bahwa anda sedang mengandung anak laki-laki adalah karena ibu hamil menjadi malas dandan. Ibu hamil akan sangat cuek dengan penampilan anda sehari-hari, jikalau dandan,hanya akan berdandan di saat ada acara-acara tertentu saja. Di rumah, paling malas pegang sisir dan menyisir rambut. Setiap hari sering membiarkan muka terekspose apa adanya tanpa make up.

2.Malas Masak
Salah satu ciri ciri hamil anak laki laki adalah anda malas sekali memegang piranti dapur. Memegang pisau saja anda malas apalagi jika harus memasak. Anda akan lebih suka membeli lauk dan makanan di luar dibandingkan dengan membelinya. Malas masak ini akan anda rasakan saat usia kandungan tiga bulan ke atas.

3.Wajah Terlihat Kusam
Anda juga malas melakukan perawatan wajah, misalnya saja memakai susu pembersih, toner dan berbagai rangkaian perawatan wajah lainnya. Akibatnya adalah wajah anda akan terlihat kusam, namun anda akan cuek-cuek saja dengan wajah anda. Perempuan yang saat sebelum hamil suka care dengan wajahnya, saat hamil hal itu berbanding terbalik dengan kondisi anda saat hamil.

4. Posisi Perut
Tanda kehamilan anak laki-laki, posisi perut anda tidak menggantung ke atas namun perut anda cenderung ke bawah. Jika mengandung bayi perempuan, posisi kandungan anda akan tinggi. Hal itu dikarenakan janin perempuan akan tepat berada di rahim bagian atas. Sedangkan janin laki-laki akan berada di bawah rahim atau tengah rahim, sehingga posisi perutnya akan berada di bagian bawah dan posisi kandungannya lebih rendah jika dibandingkan dengan kandungan bayi perempuan.

5. Perut Bulat Telur
Jika wanita yang sedang hamil anak perempuan akan memiliki bentuk perut yang bundar seperti buah semangka. Bagi ibu hamil yang mengandung anak laki-laki akan memiliki bentuk perut bulat elips atau bulat seperti telur.

6. Berat Badan Meningkat Drastis
Jika wanita yang sedang hamil mengandung bayi laki-laki, dia akan memiliki peningkatan berat badan yang begitu drastis seperti ciri ciri hamil anak kembar. Ibu hamil akan memiliki peningkatan berat badan lebih dari 10 kg, alasannya adalah pola makan ibu hamil itu sendiri.

7. Muncul Banyak Jerawat
Jika ibu hamil yang mengandung anak perempuan wajahnya akan terlihat bersih, namun ibu hamil yang mengandung anak laki-laki akan memiliki wajah yang berjerawat. Meskipun saat tidak hamil dia tidak pernah jerawatan, hal itu akan menjadi berbanding terbalik dengan kondisinya saat hamil.

Penyebabnya adalah peningkatan hormon ciri ciri orang hamil di dalam tubuhnya.

Kredit fb: Ayn Shariff

21 August 2017

12 Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Menyusu Bayi

1. Kopi

Apabila anda minum kopi atau teh, sebahagian kafein akan masuk ke dalam susu anda. Oleh kerana bayi tidak dapat mengeluarkan kafein daripada badannya secara efisen seperti seorang dewasa, kafein yang terkumpul banyak akan menyebabkan ia tidak selesa badan, meragam dan susah tidur. Cara penyelesaiannya adalah mengurangkan minuman yang berkafein (atau elakkan terus kalau boleh), jika anda minum 2-3 cawan kopi sehari, kurangkan kepada satu cawan sehari.

2. Coklat

Ramai orang menggemari coklat. Seperti kopi dan teh, coklat juga mengandungi kafein. Tetapi kandungan kafeinnya adalah lebih rendah daripada kopi. Jika anda mengesyaki coklat membuat bayi anda meragam, hentikan memakannya untuk beberapa hari. Jika anda nampak perubahan yang positif pada bayi anda, teruskan elak daripada memakannya atau kurangkan kuantitinya.

3. Buah-buahan sitrus

Di dalam buah-buahan sitrus seperti orange  dan lemon, terdapat bahan yang mungkin boleh memedihkan usus bayi. Ini akan menyebabkan bayi meragam, muak banyak dan juga terjadi ruam lampin. Jika anda rasa mengurangkan atau mengelakkan buah-buahan sitrus satu langkah yang baik demi kesejahteraan bayi anda, gantikan dengan makanan lain yang kaya dengan vitamin C dalam pemakanan anda seperti betik dan mangga.

4. Alkohol

Sebagai seorang Islam, kita tak minum alkohol. Tetapi ada baiknya kita mengetahui mengapa alkohol patut dielakkan oleh ibu yang menyusu sebagai ilmu tambahan. Jika seorang ibu minum alkohol dengan banyak, terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin muncul: mengantuk, lemah dan kenaikan berat badan yang tidak normal kepada bayi anda. Manakala kesannya kepada ibu pula adalah sukar untuk mencapai “let down reflex” di mana ia sangat penting dalam penyusuan. Orang yang minum alcohol untuk merasa relaks. Tetapi ada cara lain yang mungkin lebih baik daripada alcohol seperti minum teh kamomil atau mengurut.

5. Makanan pedas dan berempah

Setengah ibu boleh makan makanan pedas dan berempah dan tidak mendatangkan masalah kepada bayinya. Jika anda mendapati bayi anda kerap meragam dan tidak selesa perut, mungkin ada baiknya anda elakkan terus daripada memakannya.

6. Kacang

http://pumponthejob.com

Adakah anda atau ahli keluarga lain mempunyai alahan kepada makanan? Anda perlu berjaga-jaga sebelum memasukkan kacang ke dalam pemakanan anda. Jika anda memakan kacang dan bayi juga sensitif atau alah, anda mungkin perasan simtom seperti berikut: kemerahan, eczema dan hidung tersumbat

7. Makanan bergandum

Jika anda makan sandwich atau pasta sebelum menyusu bayi anda dan mengakibatkan bayi anda mendapat simtom berikut: menangis tidak berhenti, atau najis berdarah, ini mungkin menunjukkan bayi anda sensitif kepada makanan yang mengandungi gandum. Untuk memastikan itu adalah alahan, hindari makanan yang mengandungi gandum selama 2-3 minggu. Jika simtom yang terdapat pada  bayi anda mula menunjukkan tanda positif, anda mungkin perlu terus elakkan makanan bergandum.

8. Produk tenusu

Simtom alahan kepada produk tenusu (susu, yoghurt, ais krim) adalah seperti berikut: colic, muntah-muntah, susah tidur dan eczema. Jika produk tenusu menyebabkan anak anda mendapat simtom tersebut, elakkan produk tenusu selama 2-3 minggu untuk memastikan alahan terjadi disebabkan oleh produk tenusu.

9. Makanan laut / kerang

Pakar-pakar telah mendapati bahawa lebih kukuh sejarah keluarga terhadap alahan makanan tertentu, lebih besar risiko dan lebih awal bayi itu mungkin menunjukkan tanda-tanda. Dalam  erti kata lain, jika bapa anak anda mempunyai alahan kerang, tetapi anda tidak mempunyai masalah dengan udang dan udang, anda mungkin ingin mengelakkan kerang ketika penyusuan badan.

10. Telur

Alahan telur (biasanya kepada putih telur) adalah perkara biasa dalam kanak-kanak. Tetapi oleh kerana telur bersembunyi dalam pelbagai jenis makanan, dari roti dan makanan ringan, makanan untuk ais krim, ia mungkin sukar untuk menentukan sumbernya. Satu lagi taktik AdPintar300x250untuk penyusuan ibu-ibu yang mengesyaki anak mereka mempunyai alahan makanan adalah untuk mengelakkan semua makanan yang paling kerap memberi alahan sekaligus (bahan-bahan tenusu, soya, telur, gandum, kacang, dan kerang). Selepas dua minggu, setiap makanan alahan ditambah kembali satu demi satu, membenarkan sehingga empat hari di antara makanan berlainan untuk menilai kanak-kanak bagi ruam dan gejala-gejala lain.

11. Makanan berasaskan kacang soya

Ramai kanak-kanak yang alah terhadap produk tenusu (dairy intolerance) juga menunjukkan tanda-tanda alahan soya. Jika anda mengesyaki soya dalam diet anda menyebabkan masalah kepada bayi anda, periksa jenis soya yang anda makan. “Soy protein isolate“, soya yang diproses ditemui dalam protein shake dan banyak makanan lain, mungkin lebih cenderung untuk mencetuskan alahan kepada anak anda. Sebaliknya makanan seperti sup miso dan tempeh, boleh diterima oleh bayi anda tanpa banyak masalah.

12. Peppermint (Pudina)

Anda suka teh pudina? Malangnya, sebatian tertentu dalam herba ini boleh mengurangkan bekalan susu anda, terutamanya jika anda minum beberapa cawan sehari, menurut pakar herba (“peppermint tea” sering digunakan sebagai ubat holistik bagi membantu memberhentikan pengeluaran susu badan jika anak anda sudah bercerai susu secara muktamad).

Jadi apa yang anda boleh minum? Cuba secawan teh “chamomile”. Sebatian dalam “chamomile” yang masuk ke dalam susu anda mungkin mempunyai kesan yang menenangkan bayi anda dan juga anda! Gula-gula pudina dan ubat batuk menthol juga hendaklah digunakan secara sederhana kerana kedua-duanya mengandungi minyak peppermint yang pekat.

Moga entri saya dapat dijadikan sebagai panduan untuk ibu-ibu semua dalam penjagaan makanan masing-masing demi kebaikan anak-anak kita.

Kredit: FB Nur Afiqah

10 February 2017

DIY Pewangi Fabrik

Bau busuk pada kusyen, langsir, karpet dan sofa memang agak merunsingkan. Namun jangan risau kerana anda sebenarnya boleh cuba menghasilkan pewangi fabrik sendiri. Lebih menjimatkan. Jom ikuti langkah berikut :

Bahan-bahan

·         Pelembut kain

·         Soda bikarbonat

·         Air

·         Botol Penyembur

 

Langkah-Langkahnya:

1.       Masukkan 1 sudu soda bikarbonat dalam segelas air

2.       Seterusnya satu penutup pelembut kain.

3.       Kemudian kacau sehingga campuran tersebut sebati

4.       Akhir sekali, masukkan campuran yang telah siap ke dalam botol penyembur

Siap untuk digunakan. Anda boleh semburkan pada semua fabrik di ruang tamu, bilik dan dapur.

Kredit: Impiana

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...