Petang tadi saya ada terdengar kuliyah yang diberikan oleh seorang ustaz di radio IKIM.fm (Pilihan Utama Anda!). Beliau memberikan penerangan mengenai fungsi masjid. Tajuk ini amat menarik untuk dikupas.
Ramai pemanggil yang memberikan komen dan cadangan yang membina untuk menjadikan masjid sebagai medan utama untuk melakukan segala aktiviti bermanfaat, bukan hanya untuk tempat beribadat kepada ALLAH sahaja. Rata-rata pemanggil merasakan usaha yang jitu perlu diambil agar golongan muda tertarik untuk pergi ke masjid.
1. Layanan di masjid.
Ada pemanggil menyatakan layanan di masjid seharusnya ditingkatkan kepada layanan yang lebih mesra tidak kira kepada muslim atau non-muslim. Hal ini kerana pernah terjadi ke atas seorang non-muslim dihalau keluar semasa melawat masjid disebabkan pakaiannya yang kurang sopan.
Berbanding dengan di gereja, pemanggil yang pernah melawat pusat ibadat orang Kristian menyatakan bahawa layanan yang diberikan oleh paderi dan 'sister-sister' amat baik dan boleh dianggap layanan bertaraf 'high class person' atau dalam erti kata lain VIP.
2. Masjid harus dijadikan sebagai pusat komuniti.
Maksudnya masjid bertindak sebagai pusat ekonomi, pusat riadah, dan pusat pendidikan. Masa zaman Nabi Muhammad saw pun masjid dijadikan pusat tumpuan bagi segala aktiviti termasuklah tempat mencambahkan ilmu, berdebat, bersukan, dan berniaga.
3. Melantik orang muda atau belia dalam ahli jawatankuasa masjid.
Saya sebagai orang muda turut terasa denagn fenomena yang berlaku atas institusi masjid ini. Pernah sekali saya pergi untuk mendengar kuliyah tafsir tapi amat menyedihkan...
Pancaran suara penceramah amat tidak jelas. Suaranya jadi seperti bergema. Hanya di hujung telinga sahaja dapat didengar.Pernah terlintas di hati saya untuk menyuarakan apa yang terbuku di benak fikiran saya.
Tetapi bagaimana caranya? Kepada siapa? Persoalan yang perlu dirungkaikan.