27 November 2009

20 November 2009

~KERANA ALLAH~

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Suatu hari seseorang dalam perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang tinggal di suatu kampung. Maka ALLAH mengutus Malaikat untuk berdiri di suatu tempat di tengah-tengah perjalanannya. Ketika orang tersebut sampai di tempat tersebut, Malaikat bertanya: "Hendak ke mana engkau?" Ia menjawab: "Aku hendak mengunjungi saudaraku yang berada di kampung ini". Malaikat kembali bertanya: "Apakah kamu mempunyai kepentingan duniawi yang diharapkan darinya? Ia menjawab: "Tidak, kecuali kerana aku mencintainya kerana ALLAH". Lantas malaikat itu berkata (membuka identitinya): "Sesungguhnya aku adalah utusan ALLAH yang dikirim kepadamu untuk menyampaikan bahawa ALLAH telah mencintaimu seperti engkau mencintai saudaramu".

"Dan ingatlah akan nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka ALLAH mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara".

[Ali 'Imran (3) : 103]

~ Ustaz Hasrizal kata: Erti hidup pada memberi...


05 November 2009

AMANAH


Rupa-rupanya management = simpan rahsia.
"Jangan bocorkan rahsia ni ye. Ianya adalah private and confidential..."

Patutlah orang kata jadi Setiausaha atau personal assistant (PA) ni orang penting dalam sesebuah organisasi. Sesetengah orang mungkin nampak ianya perkara biasa atau kecil saja. Tapi kalau dipandang dengan sebelah mata saja, mungkin boleh menghancurkan organisasi itu. Jadi, berat sebenarnya tanggungjawab semasa melaksanakan tugas semasa kerja.

Dalam dunia ni pun sebenarnya ALLAH dah beri amanah kepada kita. Kita ialah khalifah ALLAH. Firman Allah SWT dalam Al-Qur'an Surah Al-An'am ayat 165 yang bermaksud:-

"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa (khalifah) di bumi. Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat, karena Dia hendak mengujimu tentang apa yang diberikanNya kepadamu, sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Bercakap bab amanah ni teringat pula saya semasa menyertai satu perkhemahan. Setiap orang ada barang amanah masing-masing seperti lilin, telur ayam, dan bawang. Saya diberi amanah untuk menjaga sebiji telur ayam. Bayangkan macam mana perlu saya jaga telur ayan tu... Pergi ke mana pun kena bawa sebab takut nanti pecah atau kakak fasi akan curi-curi ambil. Kalau hilang atau pecah barang tu, maka kena dendalah jawabnya. Wahh, berat sungguh tanggungjawab. Ni baru tugas kecil ja... Akhirnya, barang tu pecah sebab terpaksa berlari sana sini. Hancur...

Sebenarnya setiap kerja atau ibadah yang dilakukan akan dipersoalkan. Kerja yang dilakukan dengan niat semata-mata kerana ALLAH pasti mendapat ganjaran dari-NYA, InsyaALLAH. Sebelum nak mulakan, tanya dulu beberapa soalan seperti, "Untuk apa aku buat kerja ni?Apa yang akan aku dapat lepas aku buat kerja ni?Kepada siapa aku tujukan kerja ni?Kerana siapa?" Kalau dalam organisasi setiap saat tu memang emas sebab masa berkait dengan duit.

*Fokus, fokus, fokus...
*Ya ALLAH, peringatkanlah diri kami supaya sentiasa memulakan kerja dengan namaMU (lillahiTaala).
*Bismillahirrahmanirrahim (",)


03 November 2009

TGNANM BERBICARA TENTANG CINTA

'Kisah Cinta Dalam Al-Quran'. Sebuah buku bicara cinta daripada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Membincangkan tentang erti cinta yang sebenar. Cinta itu terlalu subjektif. Hanya yang benar-benar menghayati dan mengertinya sahaja tidak akan berbuat zalim terhadapnya. Islam tidak menghalang atau menyekat kita daripada bercinta, cuma kita perlu praktikkan dengan cara yang betul. Di sini saya petik beberapa ungkapan yang menarik untuk kita sama-sama hayati. Selamat membaca~

Sepotong hadis daripada Nabi Muhammad s.a.w.:

"Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMU dan cinta kepada orang yang mencintaiMU, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan (aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadaMU." (Hadis riwayat Tirmidzi: 3341)

Huraian:
1. Perasaan cinta itu sesuatu yang wujud
2. Cuma keutamaannya ialah ia perlu disuburkan ke arah mencintai ALLAH
3. Jika akan tumbuh perasaan cinta kepada seseorang, maka hendaklah orang dicintai itu seorang yang juga menyintai ALLAH
4. Orang itu pula biarlah seorang yang dikasihi oleh ALLAH.
~:: Sekapur Sirih daripada TGNANM ::~

Kisah cinta dalam Al-Quran:-
1. Cinta seorang ayah kepada puteranya
Kisah nabi ALLAH Ya'qub a.s kepada puteranya Nabi Yusuf a.s. supaya tidak menceritakan mimpi yang dilihatnya kepada saudara-saudaranya yang lain, kerana hal itu akan menimbulkan rasa dengki mereka terhadap dirinya. (Surah Yusuf, ayat:5)

2. Cinta seorang ibu kepada putera angkatnya
Jika kaum perempuan memiliki rasa peduli yang tinggi yang berbalut kelembutan kasih sayangnya serta kejernihan nurani kewanitaannya, dia akan lebih progresif dan lebih kukuh berbanding kaum lelaki, seperti yang terwajahkan pada diri Asiyah isteri diraja Firaun, ketika melihat Musa a.s terapung di atas Sungai Nil. (m/s 45)

3. Cinta Maryam Puteri Imran kepada Rabb (Tuhan)
Surah Ali-Imran, ayat 42: "Dan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya ALLAH telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu)." ~m/s 107

4. Cinta Fatimah Az-Zahra' kepada Sang Maha Kasih
~Jika seseorang menayandarkan nasibnya hanya kepada ALLAH semata-mata, dan mentradisikan kepasrahan dan ketawakalan yang utuh dan jernih, nescaya ALLAH akan menjamin hidupnya. (m/s 119)

~Berbahagialah hamba-hamba yang tidak diperhatikan orang. ALLAH mengenal mereka, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui jati diri mereka. (m/s 120)

~Sifat qana'ah (merasa cukup dengan pemberian ALLAH meskipun sedikit) yang ada pada Fatimah Az-Zahra', anak kepada pemimpin agung Nabi Muhammad s.a.w. (m/s 121)

5. Cinta Rabiah Adawiyah kepada Sang Kekasih Sejatinya
~Dalam fikrah Rabiah, cinta berasal daripada ALLAH dan untuk ALLAH. (m/s 132)
~Bekalku sedikit, sedangkan aku tidak tahu akhir perjalanan ini. (m/s 134)

6. Cinta manusia kepada harta dan kemegahan dunia
Qarun adalah manusia yang tertulis dalam tinta hitam kesejarahan manusia. Kekayaan harta benda dan kepandaiannya membuatkan dirinya lupa diri dan terjerumus kepada jurang kenistaan dan kehancuran.

7. Cinta manusia kepada kekuasaan duniawi
Firaun adalah raja Mesir yang menjalankan pemerintahan dan kekuasaanya dengan cara diktator dan kejam. Firaun mewajibkan semua rakyatnya sembah sujud kepadanya. Para petani juga disuruh menyerahkan seperlima hasil bumi mereka kepada Firaun. Ini amat membebankan dan mereka hidup sengsara.

Bagi saya, buku ini amat sesuai untuk mereka yang sedang mencari erti cinta yang sebenar. Mungkin juga bagi mereka yang ingin merawat hati yang luka. Kembalilah kepada Al-Haq, Tuhan semesta alam kerana DIA lah cinta sebenar, cinta yang hakiki.

* Komen saya: 'Two thumbs up' untuk buku ni. Tak rugi beli buku ni. Siap dapat VCD bicara cinta daripada TGNANM.
* Untuk maklumat lanjut, sila klik (di sini).
* Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda~~~

01 November 2009

MOMOK


Diceritakan kisah seorang hamba ALLAH yang pernah terlibat dengan kes kawannya kena rasuk. Kejadian ini berlaku pada tahun lepas di akhir semesternya di sebuah universiti..

Lebih kurang pukul 11.00 malam... Seorang gadis kelihatan lemah, kelakuannya agak pelik seperti kebiasaan sikapnya. Dia menjadi seperti keanak-anakkan berbanding sikapnya yang tegas dan agak serius. Tidak lama selepas itu, dia dirasuki oleh makhluk halus. 'Benda' itu telah manyusup ke dalam jasadnya.

Warden dipanggil untuk membantu. Kawan-kawan turut memenuhi ruang bilik itu. Mereka membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Mereka membaca ayat Kursi [Surah al-Baqarah : ayat 255], surah Al-Hasyr : ayat 22-24, dan zikir-zikir. Ayat-ayat suci itu dibaca berulang kali denagn harapan dapat meredakan sedikit kekalutan dan kegelisahan yang berlaku.

"Keluar kau dari sini. Esok kakak ni ada exam. Jangan kacau dia..."
"Tak nak, tak nak, tak nak...Saya tak tau nak balik macam mana..."
"Pergilah main jauh-jauh..."
"Saya nak ikut kakak ni balik... Saya tak ada kawan. Kakak ni baik, sebab tu saya nak tumpang dia..."

Segelas air masak dibawa. Ustaz membacakan ayat Al-Quran dan doa agar 'benda' itu keluar dari jasad si mangsa.

Dalam keasyikan dan kesyahduan kawan-kawan membacakan ayat-ayat Al-Quran untuk si mangsa. Tiba-tiba seorang sahabat kepada si mangsa terlihat matanya.

"Alamak, apasal lah dia tengok aku pulak ni... Matilah aku kalau 'benda' tu pulak masuk dalam badan aku..." Dia pun cepat-cepat melarikan lirik matanya dan meneruskan fokusnya kepada pembacaan ayat-ayat Al-Quran bersama sahabat yang lain.

Pada mulanya, mangsa berkeras untuk meminum air penawar itu.

"Huh, tak sedaplah air ni... Tak nak minumlah."

Setelah dipujuk, akhirnya dia minum juga. Alhamdulillah, setelah beberapa ketika, mangsa kembali seperti normal dan 'benda' itu telah kembali ke 'rumah'nya... Kejadian ini tamat lebih kurang pukul 1.00 pagi tatkala orang lain telah nyenyak tidur dan dibuai mimpi.

Namun, kisah itu tidak berakhir begitu sahaja. Seorang sahabat yang berada di tempat kejadian, berasa semacam je. Kejadian itu masih bermain-main di fikirannya. Susah untuk dia melelapkan mata ketika itu. Wuduk telah diambil sebelum tidur. Surah al-Mulk juga telah di baca sebelum tidur. Doa tidur juga telah dibaca.

"Apa yang aku nak buat ni? Tak pa, teruskan zikir memuji ALLAH sampai aku terpejam mata... Subhanallah, alhamdulillah, wa la ila ha illallah, Allahu Akbar, Subhanalllah, alhamdulillah, wa la ila ha illallah, Allahu Akbar, Subhanallah, alhamdulillah, wa la ila ha illallah, Allahu Akbar..."

Akhirnya dia tertidur tapi hanya sekejap sahaja kerana sudah masuk waktu Subuh. Keesokan harinya dia berasa kurang selesa. Waktu malam dia menjadi fobia. Terasa seperti benda itu mengekorinya dan sering mengacau fikirannya.

"Ohh, boleh jadi gila aku dibuatnya... Ini tak boleh jadi. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku..."

Bacaan ayat suci al-Quran daripada Syeikh Saad Said Al-Ghamidi dibuka daripada laptopnya. Dalam hatinya, dia berdoa, "Ya ALLAH, jauhilah aku daripada gangguan syaitan yang direjam. Permudahkanlah aku untuk tidur seketika, Ya ALLAH. Ampunkanlah dosa-dosaku, Ya ALLAH."

Hari berganti hari, 'benda' itu semakin seronok mengusiknya. Dan dia merasakan hal ini pasti ada hikmah daripada ALLAH. ALLAH mahu tunjukkannya sesuatu. Hubungannya denagn ALLAH semakin utuh. Dia hanya meletakkan sepenuh pergantungan kepada ALLAH sahaja. ALLAH sahaja yang dapat menolongnya. Dalam solat, dia menghayati sepenuhnya maksud surah Al-FAtihah. Apabila tiba pada ayat ke-5 surah Al-Fatihah, dia mengamatinya sungguh-sungguh.
[Al Fatihah : ayat 5- ENGKAU lah Tuhan yang kami sembah dan kami mohon pertolongan]. Dalam hatinya dia meminta pertolongan daripada ALLAH agar dijauhkan bisikan syaitan laknatullah itu. "Tolonglah aku, Ya ALLAH".



~ Bergantung harap hanya pada ALLAH.
~Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
'Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu amalkan kedua-duanya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, kitab ALLAH (Al-Quran) dan sunnahku'.
(di sini)

~Yakin dengan pertolongan ALLAH. Yakin denagn isi kandungan Al-Quran sebagai penyelesai masalah dan untuk ketenangan hati.
~Ingat ALLAH di kala susah dan senang dan ada hikmah di sebalik peristiwa atau kejadian yang berlaku.
~ALLAH Ghayatuna, Ar-Rasul qudwatuna.




SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...