21 February 2012

PROPHETIC PARENTING


Saya sentiasa menantikan mutiara kata daripadanya. Saya suka mendengar nasihat dan tips yang berguna daripadanya. Setiap tutur katanya itu menggambarkan beliau seorang yang sangat cintakan ilmu. Membaca menjadi amalan dan budaya dalam hidupnya. Saya juga suka menatap wajahnya yang putih berseri, bersinar-sinar bak mutiara di dasar lautan. Menjadi ibu kepada 6 orang cahaya mata, langsung tidak mematahkan semangatnya untuk keluar mencari rezeki dan terus berdakwah kepada masyarakat. Ketabahan dan kecekalan hatinya tergambar tatkala dia bergantung sepenuhnya kepada ALLAH Yang Esa bagi mengawasi anaknya yang istimewa ketika menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dan murobbi.

"Waktu yang sesuai untuk mendidik atau memberi nasihat kepada anak-anak ialah ketika anak itu sedang sakit, ketika makan, dan di dalam kenderaan. Pada waktu ini, anak-anak berada dalam keadaan yang tenang dan insyaALLAH mudah untuk menerima nasihat ibu bapa."

"Anak-anak itu bukanlah seorang yang nakal sangat. Tetapi mungkin disebabkan tingkah laku ibu bapa yang silap, menyebabkan anak-anak itu berkelakuan begitu. Jangan sesekali melabelkan anak-anak dengan perkataan yang negatif."

~ Ustazah Roshidah Romli, PPAZ.
Perkongsian ilmu daripada buku: Prophetic Parenting.

No comments: