23 December 2014

Bertungku Membaiki Aliran Darah Dalam Badan

Alkisah bertungku.

Satu hari kaki saya rasa sangat sejuk.. Eh eh sejuk semacam je kan.. Selalunya orang kata kalau kali sejuk tu tanda-tanda nak meninggal.. hmm, peringatan untuk diri saya.. :)

Bila dah rasa sejuk tu saya pun fikir laa cara macam mana nak bagi panas kembali kaki nih.. Kaki sejuk ni selalunya berlaku apabila saya sedang bendera merah atau PMS. hehe :)

Selalunya kita akan lihat orang bertungku setelah melahirkan anak. Dalam fasa berpantang tu, ibu-ibu akan bertungku di kawasan sekitar badan seperti tapak kaki, perut, dan sendi-sendi. Fungsinya adalah untuk melancarkan aliran darah dalam tubuh badan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai bertungku, anda boleh klik di sini dan sini.

04 December 2014

Petua Mengurangkan Sakit Akibat Kaki Kejang

Kaki krem, simpul biawak dan istilah seumpama dengannya.. Saya pernah alaminya. Masalah ni tak berlaku setiap hari, kadang-kadang jer.. Kenapa ia boleh terjadi dan macam mana nak atasinya? Jom! Kita baca perkongsian oleh Cahaya Purnama.
Biasanya, kaki akan menjadi kejang atau cramp ketika anda tidur pada waktu malam yang sering dialami oleh ibu mengandung, atilit dan sesiapa sahaja. Kesan cramp adalah kaki akan menjadi sangat sakit dalam tempoh yang tertentu. Kaki akan terasa berdenyut-denyut dan sakit apabila digerakkan. 
Berikut merupakan antara punca masalah kaki kejang berlaku:
  • Ibu yang mengandung dan berada pada trimester kedua, rahim akan mula membesar. Oleh yang demikian, kaki akan menjadi penat untuk membawa badan yang semakin berat. Kesannya, ia akan menyebabkan ibu mengandung mudah menghadapi masalah kaki kejang (cramp) tersebut.
  • Seterusnya, atlit akan mengalami kekejangan apabila melakukan regangan yang berlebihan atau pun terseliuh. Otot akan membantu memulihkan kecederaan tersebut namun jika ianya tidak dapat dikawal, ia akan menyebabkan berlakunya kekejangan pada kaki.
  • Kurang minum air dan kedudukan/posisi tidur yang salah.
  • Kurang kalsium dan beberapa mineral lain seperti magnesium dan potassium.
  • Berdiri terlalu lama
Cara mengatasi masalah kaki kejang (cramp):
  • Cari tempat bersandar atau duduk
  • Untuk ibu mengandung, jangan berdiri terlalu lama dan cuba berjalan dengan jarak terdekat.
  • Minum air yang mencukupi
  • Mengambil khasiat kalsium dan mineral lain
  • Angkat kaki ke atas pangkuan
  • Untuk atlit, membuat urutan perlahan-lahan menggunakan minyak panas
  • Apabila kaki mulai pulih, pijak tapak kaki agar aliran darah kembali menjadi lancar
  • Jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih spesifik dan mengambil ubat/cream
  • Mengambil ostematrik untuk mengurangkan kaki kejang
    Terima kasih kerana membaca! :)
Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

03 December 2014

Kenapa Vitamin C Penting Untuk Kita?

Memandangkan hari ni dah masuk hari ketiga dalam bulan disember, saya nak share fungsi vitamin C kepada anda semua.. Jika anda nak tahu, vitamin C Shaklee berbeza dengan vitamin C yang ada di pasaran. 

Apakah perbezaan vitamin C Shaklee nih? Haa.. Meh saya nak cerita.. Vitamin C Shaklee menggunakan sistem perlepasan berkekalan dalam tubuh badan manusia. Ini bererti, setiap jam vitamin C akan dilepaskan ke dalam tubuh badan manusia.

Kenapa vitamin C amat penting untuk kita? Pastinya ia mempunyai fungsi atau peranan tertentu. Fungsi Vitamin C ialah:

- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi dan gigi yang sihat.

- Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran

- Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.

- Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.

- Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.

- Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.

- Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.

- Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.

- Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.

- Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.

- Merawat jangkitan saluran kencing.

- Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Haa.. banyak kan fungsi vitamin C nih.. Tak hairanlah vitamin C ni sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai.. Anda nak tahu? Untuk kecantikan pun orang ambil vitamin C ni tau.. Tak yah nak keluarkan belanja yang mahal untuk buat suntikan.. Dengan vitamin C Shaklee nih, semestinya harga mampu milik lah.. hehe :)

Anda berminat untuk dapatkan produk HOT vitamin C Shaklee? Bolehlah hubungi saya.. :)


Terima kasih kerana membaca. :)

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

RAWAT KEJANG KAKI DENGAN OSTEMATRIK

Hai! :) Pagi-pagi ni saya nak kongsi satu berita baik dengan anda semua.. 

Sebelum tu saya nak tanya kawan-kawan pernah dengar perkataan tarik mengkarung tak? Atau dalam bahasa formalnya ialah kejang kaki.. Saya biasa alami keadaan macam tu.. Terutamanya kalau lama sangat duduk, dan cuaca sejuk sangat.. Ada satu ketika tu masa tengah tidur waktu malam, tetiba kaki saya 'cramp'. Sakit tu tak yah nak cerita laa.. huhu.. 

Semalam ada customer saya bagitau rasa kejang pada kakinya hilang.. Alhamdulillah. Kakak ni tengah pregnant 7 bulan dan dia ambil ostematrik sebagai sumber kalsium untuk diri sendiri dan baby dalam kandungan.. Ayatnya lebih kurang macam ni lah...

"Kin, rasa kejang kaki akak dah kurang laa.. Sebelum ni masa mengandungkan anak first tu, selalu jugak jadi tarik mengkarung nih.. Sejak consume ostematrik untuk second pregnancy nih, dah takde rasa kejang kaki. Alhamdulillah.." - Puan Marya.

Gembiranya saya bila dengar berita baik nih.. Alhamdulillah. Misi saya untuk membantu ramai lagi orang di luar sana mendapatkan kesihatan yang optimum.. 

Mengambil supplemen merupakan satu ikhtiar kita untuk tampil sihat dan cergas. Betul tak? hehe :)

Meh saya kongsikan dengan anda kebaikan ostematrik.. Jika anda berminat untuk dapatkan supplemen Shaklee ni, boleh hubungi saya.. :)


Terima kasih kerana membaca! :)

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

SELAMAT PAGI

Assalamu'alaikum dan selamat pagi.

Saya doakan semoga hari ini lebih baik dari semalam. Ayuh! Pagi yang indah, suburkan dengan zikrullah. 

01 December 2014

DISEMBER YANG ISTIMEWA

Assalamu'alaikum dan salam ceria semua... :)

Saya ada berita gembira untuk dikongsikan dengan anda.. Nak tahu? Sebagai penutup tahun 2014 ni, Shaklee berbesar hati untuk menawarkan double promo kepada anda semua..


Untuk Disember ni, ada tawaran:
  • pelaburan untuk 6 vitamin C, PERCUMA 1
  • pelaburan untuk 6 vitamin E, PERCUMA 1
Promo lagi satu, untuk setiap belian 2 botol vitamin C atau vitamin E, anda akan dapat potongan harga 5 peratus. Haaa.. best kan? 

Vitamin C dan vitamin E ni memang kombinasi terbaikkk untuk anda yang mahukan kulit yang cantik. Tiada siapa yang dapat sangkal kebaikan atau manfaat kedua-dua supplemen nih.. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik: 
Jika anda berminat untuk mendapatkan manfaat mengamalkan vitamin C dan E sebagai supplemen harian, bolehlah hubungi saya. Saya akan berikan konsultasi terbaikk khusus untuk anda. :)

Terima kasih kerana membaca! :)

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...