09 July 2014

TURUN BERAT BADAN

Umum mengetahui bahawa buah-buahan mengandungi serat yang tinggi, air dan nutrisi yang mampu membuatkan perut kita berasa kenyang. Maka tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan menganjurkan kita mengambil buah-buahan sebagai pelengkap diet harian kita.

Terdapat beberapa jenis buah yang mampu membantu menurunkan berat badan seseorang iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, tembikai, beri, dan anggur.

1. Limau gedang
Kajian mendapati buah limau besar mempunyai asid sitrik yang dapat menghalang kehadiran kalori dalam badan.

2. Oren
Buah oren dipercayai mempunyai kandungan serat yang tinggi paling. Serat yang ada dalam buah oren adalah daripada jenis larut dalam air dan amalan pemakanan buah oren mampu mengurangkan keinginan seseorang terhadap karbohidrat.

3. Epal
Kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum makan mampu menurunkan berat badan sebanyak 33 peratus.

4. Beri
Beri kaya dengan kandungan antioksida serta dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai
Terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam waktu singkat apabila reseptor dalam perut terangsang.

6. Anggur
Kandungan antioksida dalam buah anggur mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mampu mencegah pembentukan lemak dalam perut.

Selamat berpuasa. ;)
*terliuq pulak tengok buah yang segar nih...

Sumber: Berita Harian, artikel dimasukkan pada 21 April 2011


Syikin Maarop | 019-4507626
Owner at Sihat World
syikinmaarop@gmail.com

2 comments:

kakrose said...

cuaca panas..bulan puasa pulak tu..elok makan buahan banyak-banyak kan..

Syikin Maarop said...

Betul tu, kak yon.

Terima kasih, view blog saya. :)

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...