10 August 2009

MY NEPHEWS


~Assalamu'alaikum~

They are my nephews. From left: muhammad iqbal hakimi b. mohd. rodzi, adam irfan b. mohd suhaimy, and adi farhan b. mohd suhaimy.

Adam Irfan- 23 Oktober 2005
Adi Farhan- 17 Februari 2007
Muhammad Iqbal Hakimi- 9 November 2008

Abang Adam sekarang ni dah betah berbicara. Kadang-kadang tengok tv dia akan banyak bertanya. Kegemaran adam main PS3. Bab komputer ni memang 'terer' sangat. Ikut ayah dengan mak dia la. Anak orang IT katakan. Remote control tv tu pandai sangat tekan. Dah boleh hafal channel. Astro Ceria 611, lepas tu channel kartun. Kalau bertanya adam suka mula dengan perkataan 'apa'. Contohnya; "ape tok mandi nenek (kenapa tok mandikan nenek)", "ape mak teh naik keta ayah? (kenapa mak teh naik keta ayah?)". Pernah sekali tu pinggan dipanggilnya 'pinggai'. "Tok basuh pinggai ke?"

Si adik pulak, kerjanya meng'copy' apa yang abang dia cakap ja. Adi Farhan panggil abang dia 'abam'. Adi ni suka senyum dan buat action yang comel. Kalau bab makan nombor satu. Kalau kita mintak, adi tak kan bagi. Ditolehnya ke belakang dan dimakannya atau minum sampai habis. "Adi, bagi kat ibu sikit air coklat tu..." Cepat-cepat dia minum sampai habis sebab tak mau bagi dekat ibu dia. Kalau beli barang macam baju dekat depa dua orang ni, kena beli yang sama. Kalau tidak, si abang adam ni asyik dok 'compare' la. Kalau elok, abang yang ambik... Lagi satu, adi ni kalau naik kereta ja, mesti mudah tidur.

Si Hakimi ni pulak anak orang pulau- Pulau Labuan. Jadi, kalau nak jumpa pun time cuti sekolah dan raya je lah. Sekarang dia suka tarik rambut umi. Kalau umi cakap kat telefon, dia pun mesti sibuk nak cakap. Hakimi ni lasak. Kalau dengan tok dia dia rajin sembang la. Tok faham apa yang hakimi cakap. heee...



~Tunggu hari raya untuk berkumpul ramai-ramai (^_^)








No comments: