18 August 2009

ZIARAH



Awin : Wei, 15 hb ni jom kita pi Langkawi nak tak?
Bushra : Hah, cun sangat la tuu... Duit gaji pun still ada lagi... Molek sangat doh.
Fika : Amboi, hang ni kalau bab berjalan memang nombor satu noh...
Bushra : Aku bukan apa, sementara aku masih solo lagi... Boleh la aku pi berjalan dengan kawan-kawan... Nanti aku dah kawin, tak boleh sangat dah dok join hampa...
Fika : Hek elehh, alasan je tuu... Ishh, ingat kawin je... Ntah ntah hang mati dulu ke... Haa, kan bagus sentiasa ingat mati... Nabi s.a.w. sabda: "orang yang paling bijak ialah mereka yang sentiasa ingat mati dan mempersiapkan diri untuk menghadapi mati..."
Awin : Yup, betul tu...
Bushra : Alahh, gurau je pun tak boleh... Aku tau lah.
Awin : Ni aku nak tanya sikit... Kita pi Langkawi ni nak buat apa ek?
Diana : (tetiba je menyampuk) Ish, ish, ish... Apa ke bongap bonar lah budak ni... Of course la nak makan angin.
Bushra : Hahahaaahh... makan angin buat ape... habis kembung perut hang tu... Kah kah kah...
Awin : Ehhh, sudah sudah sudah...Aku tau la nak makan angin. Itu boleh jadi matlamat sampingan. yang lebih utama ialah kita pasang niat berjalan kerana ALLAH, untuk lihat muka bumi ciptaan ALLAH. ALLAH cipta semua ni bukan dengan sia-sia. Lagi satu kita pi Langkawi untuk ziarah sahabat kita yang duduk di sana. Tujuannya untuk eratkan silaturrahim sesama Muslim. Jadi, insyaALLAH tak lah pergi sekadar atas angin ja. Maksudnya rugi semata-mata kita pergi sana. Buat penat badan saja. Tapi kalau kita pergi dengan niat kerana ALLAH, insyaALLAH pekerjaan tu akan menjadi satu ibadah dan dipandang oleh ALLAH. Harap-harap hati kita ni dipelihara oleh ALLAH supaya tak terlibat dengan sebarang kecelakaan sepanjang perjalanan ke sana.
Fika : Hmmm, betul betul betul... Nanti sampai sana aku nak beli hadiah kat mak aku la... Beli apa ek?
Bushra : Kan hari tu hang kata nak beli pinggan mangkuk... jenis mana ntah? Haaa, melamine kot...
Fika : Hmm, betul jugak kan... Kalau anak-anak buah aku balik, selamatlah sikit pinggan kaca mak aku tu...

~Lihat-renung-kaji-selidik ciptaan ALLAH


No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...