20 August 2009

SUSAH SANGAT KE?



Sekadar bebelan...

Susah sangat ke nak senyum? Rasanya tak la susah sangat... Orang kata senyum itu satu sedekah. "Aku tengok depan kau tengok kiri..." Hina sangatkah nak pandang muka sesama jantina? Aku tidak meminta lebih dari sebuah senyuman. Hanya itu yang ku pinta. Bukankah senyuman itu anugerah ALLAH. Ianya milik ALLAH. Kenapa pulak susah nak senyum.

Jom kita tengok macam mana akhlak Rasulullah s.a.w. berkenaan senyum ini. Artikel ini dipetik daripada http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1833


Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar:
“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)
Seorang lagi sahabat Rasulullah s.a.w., Abdullah bin Al-Harist menyatakan:
“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata:
“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”
Nabi Muhammad s.a.w. walaupun dalam keadaan mara, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai.


Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana
harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit.


* Senyum seindah suria. =)

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...