13 November 2014

JURNAL KESYUKURAN 3

Jurnal kesyukuran untuk hari ni, hargailah ibu selagi mana kita masih bernyawa. Sungguh tinggi martabat ibu.. Semuanya kerana jasa dan pengorbanan Rasulullah s.a.w. menyebarkan Islam. Setelah kedatangan Islam, barulah wanita dipandang mulia. Kalau dulu kala, iaitu pada zaman Jahiliyah setiap anak perempuan yang lahir akan ditanam hidup-hidup.. Na'uzubillah min zaalik.

Kenapa kita beruntung kerana masih ada ibu? Ini kerana antara tips kejayaan dan kekayaan hidup seperti yang dikatakan oleh Dr Azizan Osman (DAO) ialah keberkatan ibu. Restu ibu amat penting untuk berjaya dalam hidup. Mintalah ibu doakan yang baik-baik untuk kita. InsyaAllah hajat kita akan dimakbulkan oleh Allah dan perjalanan hidup juga menjadi smooth jer.. insyaAllah. Pokok pangkalnya di sini ialah jangan sesekali mengecilkan hati ibu.

Syukur kerana saya masih ada ibu. Tanpa ibu, siapalah saya di muka bumi ini. Alhamdulillah. Saya sayang mak saya. :)


Terima kasih kerana membaca! :)

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...