10 November 2014

JURNAL KESYUKURAN 2

Assalamu'alaikum. Selamat petang..

Kesinambungan daripada kisah saya dalam Jurnal Kesyukuran 1. Sebenarnya hari-hari ialah hari untuk kita bersyukur. Kalau dihitung nikmat Allah kepada kita, nescaya tak cukup jari nih nak kira nikmat yang Allah beri. 

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."
- Surah Ibrahim 14: 7

Dua hari lepas ialah hari yang sangat bermakna kepada saya. Saya berasa saaangattt bersyukur kerana sudah berjaya menghabiskan pengajian ijazah saya di UUM. Tambahan pula, majlis tu dihadiri oleh insan tersayang iaitu suami, mak dan ayah saya.. Alhamdulillah. :)



Hari ini pula saya rasa gembira kerana dapat membantu seorang customer mencari telekung untuk dipakai ketika beliau mengerjakan umrah. Alhamdulillah.. Puji-pujian hanya kepada-Mu ya Allah. Sebenarnya, sebelum terjebak dengan bisnes Shaklee nih, saya merupakan seorang pengedar telekung Ummu Hanan Collections. Rezeki yang Allah beri tidak pernah salah tempatnya kan..? Ni komen daripada customer tu atau lebih mesra dengan panggilan kak Lieyza.. :)

"rasa memang selesa dah.. nak basuh dulu.. nti nak pakai kalau selesa nak order lagi..."

Saya doakan kak Lieyza dapat mengerjakan umrah dengan baik dan dipermudahkan urusannya..

Ok, setakat ni dulu entry saya.. nanti saya akan share banyak lagi info yang menarik untuk tatapan anda! :) Stay tuned. hehe..

Terima kasih kerana membaca! :)

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...