23 September 2014

JURNAL KESYUKURAN 1


1. Pagi tadi saya dan adik bawa mak ke Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT). Pusatnya ialah di Bertam, Pulau Pinang. Mak saya disahkan menghidap kanser hidung. Baru tahu awal tahun ni je. Dah tiga kali pembedahan mak jalani di hospital kerajaan. Jadi lepas dah habis operation tu mak kena buat radioterapi untuk menghapuskan sel-sel kanser tu. Tujuannya untuk elak sel barah tu daripada merebak. Sayu je saya tengok wajah mak bila naik van di IPPT tu. Van tu akan bawa mak ke hospital untuk rawatan radioterapi. Rawatan ni ambil masa selama 7 minggu dan hari ni baru je start rawatan.. Allah. Saya tahu dan yakin mak saya seorang yang sangat TABAH dan KUAT semangat. Tak pernah keluar dari mulut mak rasa penat, letih. Saya teringat kenangan masa mak kena buat operation untuk buang ketumbuhan di dalam  hidung dulu.. kebanyakan doktor kata perkembangan kesihatan mak positif dan dan luka tu cepat sangat sembuh. Alamdulillah. Allah berikan kesembuhan sebab mak yang banyak berjasa dan berkorban untuk kami adik-beradik.

Ya ALLAH, berilah kesempatan kepada ku untuk membalas jasa ibuku. Semoga kami menjadi anak soleh dan solehah. Terima kasih ya ALLAH kerana memberi kesempatan kepadaku untuk menjaga ibu selagi terdaya.

Kawan-kawan, doakan kesihatan mak saya, ye. Semoga doa ini dimakbulkan Tuhan. Amiiin.
Kat sini lah tempat mak saya tinggal untuk buat rawatan radioterapi.

2. Ada sorang kenalan facebook (FB) tegur saya tadi nih. Asal perbincangan kami untuk berkongsi ilmu berkenaan content marketing. Sahabat saya tu namanya Idah, seorang usahawan internet yang agak lama join bisnes atas talian nih.. Impian dia juga tinggi untuk menjadi jutawan muslimah yang berjaya dunia akhirat. Saya doakan impiannya tercapai. Amiiin. Eh.. eh.. terlajak story pulak. hehe..

Alhamdulillah ahli keluarga saya ada yang terlibat dengan bisnes online nih.. Kata sahabat saya tu, saya beruntung sebab ada mentor dalam ahli keluarga sendiri yang boleh dirujuk untuk berjaya dalam bidang nih. Bila dia cakap macam tu, baru saya terfikir bahawa saya akan jadi orang yang rugi kalau tak manfaatkan peluang bersama orang yang arif dalam bidang internet marketing (IM). Yelah kan... orang lain mungkin kena bayar jumlah tertentu untuk dapatkan kepakaran yang kakak dan abang saya ada tu.. Jadi, saya kenalah manfaatkan peluang sebaik-baiknya. Jadikan mereka sebagai mentor. Kutip ilmu secukupnya. Kawan-kawan, doakan kejayaan saya, ye. Terima kasih.

Online business is My Passion :)
Ok lah.. setakat ni dulu entry saya. Nak tau sharing yang best-best daripada saya kenalah follow blog saya nih... hehe :) 

Ikhlas, 
Syikin Maarop

2 comments:

kakyon said...

Salam shikin..
Semuga mak shikin cpt sembuh.
mcam2 pwnyàkit ada sekarang ni.baru ni kawan KY baru meninggal penyakit kànser lidah.nmpk ok jer dia..tetiba dah tahap kritikal..

syikin maarop said...

innalillah... Al-Fatihah. semoga kita yang hidup ni mendapat iktibar atas apa yang berlaku..