27 September 2014

BERDOALAH

Alhamdulillah, petang-petang ni hujan turut lebat membasahi bumi. Antara adab yang diajar dalam Islam ialah berdoa. Doa ketika hujan bermaksud:

"Ya ALLAH, turunkan hujan yang bermanfaat."
Waktu hujan ni termasuk antara waktu TERBAIK untuk berdoa. Rugi kalau kita tak manfaatkan peluang yang Allah berikan nih.. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Mukmin (40) ayat ke-60. 

Maksudnya: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk nerakan Jahannam dalam keadaan hina."

Baaannnyak yang saya hajatkan. hehe :) Saya doakan kebaikan untuk suami saya, zuriat keturunan saya, kedua-dua ibu bapa saya, adik beradik, sahabat-sahabat serta semua umat Islam.

Semoga ALLAH Taala sentiasa memberkati kita. Amiiin.

~Salam sayang, Syikin Maarop~

No comments: