27 September 2014

CARA PAKAI SHAWL

Sebelum ni saya seorang yang gemar pakai tudung empat segi. As time goes by, datang pulak macam-macam fesyen tudung. Dengan tudung Aidijuma lah, tudung Siti lah, tudung bawal lah.. Haaa macam-macam kan? Yang menjadi kegilaan zaman sekarang ni pulak ialah fesyen shawl. 

Saya pun minat jugak dengan shawl nih. Sebabnya sangat senang. Senang dari segi kegunaan pin. Kalau nak sempoi dan simple, guna satu pin je pun boleh. Kalau nak lebih kemas kena la cucuk banyak pin atau kerongsang. Kadang-kadang saya dok perhati cara orang Arab pakai tudung. Comel jer, cantik jer.. Kadang-kadang saya tengok orang Arab nih tak perlukan pin pun untuk pakai tudung. Dia lilit-lilit kat muka, last skali siap, dan comel! :) Alaa.. lebih kurang macam gambar kat bawah nih... Cantik kan?
Saya terjumpa satu page yang tunjukkan cara untuk pakai shawl daripada tudung empat segi. Haa, kalau ada tudung lama-lama jenis empat segi tu janganlah pulak dibuangnya. Recycle, boleh juga jadi macam shawl (tips ni untuk saya yang suka berjimat... hehe) :)

Langkah-langkah pakai shawl daripada tudung empat segi:

1. Lipatkan tudung berbentuk segitiga seperti memakai bawal biasa

Untuk pengayaan yg lebih labuh, besarkan bahagian di dalam..

2. Ambil bahagian hujung kiri / kanan segitiga untuk letakkan di atas kepala

3. Pinkan hujung bahagian tersebut dibawah dagu dan pastikan sebelah panjang dan sebelah pendek.

Untuk lebih labuh, bahagian yang pendek itu pastikan betul2 pendek.

4. Tarik lebihan kain yang panjang tadi. Tudung anda akan automatik berbentuk V di bahagian depan

5. Pusingkan ke atas kepala

6. Pinkan di tepi kepala atau di bahu dan ejas kelabuhan mengikut keselesaan

7. Siap!!! 

Semoga berjaya 

Salam sayang,
Syikin Maarop

No comments: