Selamat petang! :) u ollz buat apa petang-petang nih? isk, bila dah sekali menulis... mencurah-curah pulak idea yang datang... hehe. Alhamdulillah.
Siapa yang suka makan budu? Saya merupakan antara penggemar budu. Kisah saya jatuh chenta dengan budu ni bermula apabila kakak saya memperkenalkan makanan ni kat keluarga di kampung. First time rasa, mak aiii... masin teramat lahhh... Tapi untuk tambah perisa supaya rasa lazat tu kena lah campur dengan bawang besar, cili merah dan hijau (err... kalau nak kick lagi letak je cili melaka.. pedasnya tak terkata), dan sedikit perahan limau nipis atau limau kasturi. Sekali rasa pasti nak lagi... hehe. Saya penah juga makan budu dicampur dengan tempoyak.. hmm rasanya agak sedap. Boleh laa... :)
Budu ni lebih sedap kalau dimakan dengan ulam-ulaman seperti pucuk ubi kayu... haishh sedap tak terkata. Budu ni bukan menjadi santapan orang pantai timur je.. ikut selera masing-masing laa kan... Saya cakap macam tu sebab saya oghang utagha... haha :D
Nin dia gambar budu sedap! :)
Macam mana budu ni dikatakan boleh mencegah kanser payudara? Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat dalam budu terbukti dapat mencegah kanser payudara. Bahkan, khasiat budu yang diproses daipada ikan bilis yang diperam terbukti dapat mempertingkatkan IQ individu kerana ia merangsang sel-sel otak dan akan mengukuhkan ikatan antara neuron-neuron serta menguatkan neuron yang lemah.
Amacam? Rasa-rasa macam informatif tak? Boleh share untuk manfaat bersama. :)
Ok, saya nak ke bertam ziarah mak saya. Till we meet again, insyaALLAH.
Salam sayang,
Syikin Maarop
No comments:
Post a Comment