01 November 2014

RESEPI PUDING ROTI

Hmm, redup je suasana petang nih di rumah saya.. Hari saya bersiaran dari rumah mak saya, nuuun di utagha sana tuu.. hehe :)

Sambil anda berehat atau menonton Running Man di tv 2 tu, saya nak share cara-cara untuk membuat puding roti gula hangus.. Ini merupakan antara makanan kegemaran saya.  First time saya makan puding roti ni masa zaman muda belia dulu.. Housemate saya yang bawak puding nih.. Sekali rasa, wahhh! Pasti nak lagiii... :)

Cara-caranya ialah:-

A. Bahan : 
1 cawan gula
1/4 cawan air
2 tin susu cair
5 biji telur
8 keping roti gardenia
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung castard
Sedikit butter
Sedikit kismis

B. Cara membuat :
1. Masak gula hingga perang kemudian masukkan air dan masak sampai gula larut (mcm nak buat puding karamel)
2. Kemudian tuang ke dalam loyang.
3. Sapu roti tadi dengan butter. Ketepikan dulu.
4. Sementara tu, pukul telur + susu cair + esen vanilla + tepung kastard sampai kembang.
5. Kemudian, masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.
6. Kemudian siat2 kasar roti, masukkan dlam adunan telur tadi..tekan2 sikit . Tabur sedikit kismis.
7. Kukus selama 45 minit. (err..Kalau nak bakar dalam oven pun boleh juga. Ikut kreativiti masing-masing..)
8. Siap & sedia utk dimakan! :)


Selamat mencuba! 
Nota: Resepi ini diambil daripada fb Resepi Bonda.


Terima kasih kerana membaca! :)

1 comment:

nurbijen said...

kegemaran saya juga...