31 January 2015

Semua Kerja Menjadi Mudah Dengan Basic H

Teringat pula saya kisah 20 tahun lalu.. Masa tu saya masih di peringkat sekolah rendah.. Kalau hujung minggu tu semestinya kena sental kasut sekolah.. Pengalaman indah tuu.. hehe :)

Sekarang ni mudah jer nak buat kerja-kerja bersihkan kasut sekolah ni.. Kisah yang terbaru ni berkenaan dengan Basic H organic Shaklee. Semudah A B C saje.. Kasut sekolah yang kotor bertukar menjadi bersih dengan menggunakan Basic H. :)

Basic H membantu memudahkan urusan kerja-kerja isi rumah. Basic H ialah cucian yang serbaguna. Bukan setakat untuk sental kasut sekolah jer, kalau nak basuh sayur-sayuran pun boleh.. Sekarang ni belum pasti sayur atau makanan yang kita makan tu diproses dengan bahan-bahan yang natural iaitu tanpa kahan kimia. 



Basic H Organic semestinya selamat, berkesan, dan mesra alam. :)


Terima kasih kerana membaca!~

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

Mari Menuju Kejayaan

Assalamu'alaikum. :)

Selamat pagi. Selamat berhujung minggu.

Saya doakan kita sentiasa berada dalam rahmat Allah dan bahagia di samping orang tersayang.

30 January 2015

Resepi Apam Susu Yang Sedap

Hari ni sepanjang hari je saya bw.. Jenjalan tambah ilmu dan kenalan.. Sambil-sambil bw tu, tetiba mata saya terhenti bila tengok gambar ni.. Aishh. Terpegun seketika. Terliur pun ada.. hehe :)

 Apam Susu
Ehsan gambar en google.

Nanti nak cuba resepi apam susu ni.. Bahan-bahannya mudah jer.. Cuma rajin atau rajin jer nak buatnya, kan..? hehe :)

Bahan-bahan yang senang sangat nak cari

4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sb ovellet
1 sk kecil esen vanilla
5 sb susu pekat manis
2 cawan tepung gandum -ayak

pewarna kesukaan
perasa

cara-cara
1. panas kan kukusan terlebih dahulu yea.. sebab bila adunan apam siap senang terus kukus je
2. pukul telur dan gula hingga kembang..
3. masukkan ovellet dan esen vanilla... pukul lagi hingga sebati
4. masukkan susu pekat, pukul lagi
5. akhir sekali masukkan tepung gandum yg diayak tadi, gaul rata...

**bahagikan adunan kepada berapa bahagian dan letak pewarna
*** sapukan mentega pada loyang tuangkan adunan, iols selang selikan ikut warna hingga habis
**** kukus kan selama 40 minit atau hingga masak - makesure air dalam kukusan tadi sudah mendidih..


Angkat apam setelah masak.. boleh hidang bersama teh o suam. :)

Sumber resepi: Mama Imanina :)

Mini Giveaway By azhafizah.com

Lebih kurang 9 jam lagi segmen Mini Giveaway By azhafizah.com akan tamat..

Masih ada peluang lagi kalau anda nak join. 

Jom! Tambah kenalan.. :)

*Wish me luck!~ 

 Mini Giveaway By azhafizah.com

Susu Badan Meriah Dengan Set Menyusu Shaklee

Alhamdulillah, awal pagi tadi lagi saya dah terima testimoni daripada seorang regular customer saya. Kawan sekolah saya yang diberi nama Puan Siti ni memang berazam untuk menyusukan anaknya selama dua tahun. Setahu saya, jika seorang ibu dapat menyusukan anaknya selama dua tahun penuh, maka dah boleh dikira setaraf macam orang yang ambil doktor falsafah  (PhD) laa.. hehe.. :) 

Ajaran Islam sendiri pun amat menggalakkan susu ibu.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Untuk meningkatkan kualiti susu ibu, Puan Siti mengambil set menyusu Shaklee. Beliau consume Energizing Soy Protein (ESP) dan Alfalfa yang bertindak sebagai milk booster. Alhamdulillah susu badannya cukup untuk menampung keperluan anaknya. :)


Puan Siti ada ceritakan beberapa kesan yang beliau dapat daripada set menyusu Shaklee ni. Antaranya:

1. Susu badan semakin meriah dan pekat
2. ESP mengurangkan rasa lapar
3. Warna gelap pada kulitnya menjadi semakin cerah

Amacam? Best kan bila dapat susukan anak sendiri dengan susu badan sepenuhnya. Susu ibu ialah susu yang TERBAIK untuk anak-anak.  :)

Anda ingin mencuba set menyusu Shaklee? Sila klik pada gambar di bawah. :)

 Set Menyusu Shaklee

Terima kasih kerana membaca!~

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

Bersyukur Kunci Ketenangan Hidup

Assalamu'alaikum :)

Selamat pagi. Salam Jumaat yang indah lagi penuh berkat.. :)


BERSYUKUR itu nikmat, SABAR itu indah.

29 January 2015

5 Cara Bagaimana NUTRIWHITE Bertindak


 Set Anggun NUTRIWHITE

Shaklee bukan saja menjadi peneraju kepada supplemen kesihatan tetapi turut menyediakan produk untuk kecantikan. 

NUTRIWHITE telah dicipta khas berdasarkan pengalaman yang diyakini bahawa ramuan Sains lebih elok jika digabungkan dengan alama semulajadi. 

Enam belas herba telah dipilih dengan teliti daripada 16 buah negara bagi membantu mencerahkan kulit, mengurangkan tompok-tompok gelap, dan menambahkan keserian wajah. Selain kombinasi nutrien-nutrien eksklusif yang terpilih atau lebih dikenali sebagai White N-16 (patent pending).

NUTRIWHITE juga mengandungi vitamin C aktif dan pati likuoris yang ditambah ke dalam formulasi botani untuk membantu menambahkan kecerahan kulit serta mengurangkan tompok-tompok gelap dan menambahkan keserian wajah.

Jom, kita lihat bagaimana cara Nutriwhite bertindak untuk wajah.

1. Menghalang
Nutriwhite menghalang kerosakan dari sinar cahaya matahari dan alam sekitar dengan aktif. Melindungi kulit daripada kerosakan dan gelap (sunburn) kesan dari sinar matahari dan untraviolet (UV).

2. Berkurangan
Nutriwhite membantu mengurangkan pigmen gelap dalam kulit yang menyebabkan kulit kelihatan kusam. Kulit akan menjadi lebih cerah bercahaya, tanpa cela, dan lebih sekata.

3. Menyekat
Nutriwhite membantu menyekat pigmen gelap dari sel-sel kulit asas daripada memindahkan pigmen tersebut ke lapisan atas, sekaligus menyekat kemunculan tompok hitam

4. Mencerah
Nutriwhite membantu mencerahkan wajah bersesuaian dengan sel melanin yang sedia ada, menjadikan kulit cerah sekata.

5. Memperbaharui
Nutriwhite mengeluarkan sel-sel mati yang boleh menyebabkan biotchiness, dan mewujudkan kulit yang lebih baru, cerah berseri.

Kebanyakan testimoni yang saya terima mengatakan kulit muka menjadi lembap, kurang jerawat, dan licin. Anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut. :)


Terima kasih kerana membaca!~

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

Assalamu'alaikum. :) 

Jom! support blog Sulyanie. Syarat-syarat penyertaan yang mudah jer.. hehe :)

Syarat penyertaan : 
  • Follow blog ini. [wajib] - Done! :)
  • Buat entry yang bertajuk " Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali " - Done! :)
  • Untuk memudahkan korang, sul dah siapkan code untuk di-copy paste dalam entry korang tu. - Done! :)
  • Publish ! - Done! :)
  • Letak link entry korang tu di bahagian komen bawah ni. - Done! :)

Untuk maklumat lanjut, sila KLIK DI SINI. :)

 Segmen: New Year Blogwalking Januari By Sulyanie Ghazali

Selamat bersegmen. :)

28 January 2015

Testimoni Vitamin C: Bertukar Dari Negro Kepada Artis KPop

Alhamdulillah. Saya nak kongsikan berita gembira daripada sahabat saya, Aneng yang juga pengedar Shaklee. 

Alkisah, kulit adiknya berubah menjadi cerah setelah mengambil Sustained Release Vitamin C selama dua bulan.. Kulit adiknya semakin cerah ye, bukan putih.. hehe :) 

Sahabat saya beritahu, adiknya mengambil 2 biji SR Vitamin C untuk 3 kali sehari.. pastikan anda meminum air secukupnya, iaitu 3 liter air. :)



Pasti anda tertanya-tanya kan, macam mana vitamin C boleh mencerahkan kulit? 

Dalam badan individu dewasa yang sihat, Vitamin C bertindak meningkatkan level 

Glutathione dalam sel darah merah dan limfosit. Glutathione berfungsi untuk membantu 

memastikan pigmen-pigmen gelap dan cerah berada dalam keadaan yang 

seimbang. Pengambilan sebanyak 1000-3000 mgs Vitamin C sehari secara KONSISTEN 

insyaAllah boleh mencerahkan kulit. Haa.. menarik kan? 

*P/s: orang lelaki pun nak kulit cerah jugak tau.. hehe :)


Anda nak cuba SR Vitamin C

Saya akan berikan konsultasi terbaik untuk anda! :)



Terima kasih kerana membaca!~

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

Segmen Bloglist Februari - Jun by Cik Manis

Blogwalking again... :)

Tinggal dua hari je lagi untuk join segmen daripada Cik Manis nih.. 

Jom! Tambah kenalan.. :)


 Segmen Bloglist Februari - Jun by Cik Manis

Salam sayang... Syikin Maarop :)

27 January 2015

Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku

Segmen blogwalking kembali lagiii... :)

Ayuh! Kita support blog cik adik manis bernama Anizz Annisa. Tawaran segmen ni tiada tarikh tutup. Ianya terbuka sehingga 100 blog. Maksudnya selagi tuan tanah tak umumkan segmen tutup maka selagi tu lah masih ada peluang untuk anda join. 

Jom! Jalan-jalan tambah kenalan. :) 


. Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku

Terima kasih.

Salam sayang.. Syikin Maarop :)

8 Faktor Minuman 3 in 1 Memudaratkan Kesihatan

Masa zaman belajar dulu, minuman 3 in 1 memang menjadi hidangan wajib saya.. Setiap pagi sebelum ke kelas, mesti akan pekena satu sachet air milo. Yang tu je laah minuman yang saya suka.. hehe :) 

Minuman 3 in 1 ni mudah untuk dibawa kemana-mana. Boleh disimpan dalam beg tangan. Lagipun, harganya juga agak ekonomi. Tak perlu nak tambah gula sebab dalam sachet tu memang dah terkandung gula. Tapi, sedarkah kita sebenarnya minuman 3 in 1 ni sebenarnya amat berbahaya untuk kesihatan?

Saya ingin membongkar 8 faktor minuman 3 in 1 boleh memudaratkan kesihatan.

1. Mengandungi lebih 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
2. Gula yang berlebihan bertujuan untuk mengurangkan rasa pahit minuman tersebut.
3. Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
4. Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
5. Setiap pek turut mengandungi sehingga 200 kalori.
6. Jumlah kalori itu menyamai dengan 2 keping roti atau sepinggan roti.
7. Jika diambil 3 paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
8. Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar diperoleh.

*Sila klik imej untuk lebih jelas

Haa.. apa perasaan anda selepas membaca fakta yang saya kongsikan ni? Agak-agak anda nak ambil lagi ke minuman 3 in 1 ni? hmm.. 

Jom! Berubah ke arah gaya hidup sihat. :) Cegah sebelum parah.

Anda boleh rujuk dalam entry 4 jenis makanan yang perlu dielakkan sebagai maklumat tambahan. 

Salam sayang... Syikin Maarop :)

Berhenti Merokok Setelah Mengamalkan Vivix

Bila bercakap pasal merokok nih, pasti ada yang menggeleng kepala. Semua orang mahu ahli keluarganya hidup sihat.. Betul tak? Saya pasti semua orang tahu kesan buruk bagi seorang perokok. 

Gambar yang ada pada kotak rokok tu pun dah cukup mengerikan kita.. Dengan gambar bayi pramatang lah, gambar jantung yang rosak lah, dan macam-macam lagi.. Tapi, hakikatnya perokok nih masih lagi kurang sedar. 

Apa ikhtiar yang boleh kita lakukan kepada perokok ni terutamanya jika ahli keluarga kita sendiri ialah perokok tegar? hehe.. Saya nak kongsikan testimoni sorang makcik yang berhenti merokok sebab rasa rokok tu pahit seperti hempedu. Hati anak mana yang tak gembira bila melihat ibu sendiri sihat dan bahagia, kan? :)

*Sila klik imej untuk lebih jelas :)

Kisah kedua ni pula berkenaan sorang isteri yang gembira sebab suaminya berhenti merokok lepas mengambil Vivix. hehe :)

*Sila klik imej untuk lebih jelas :)

 Lagi testimoni menarik berkenaan Vivix... :) Sila klik di sini.

Terima kasih kerana membaca!~

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

25 January 2015

Sunnah Menggantungkan Rotan Di Rumah

Dua tiga hari nih agak kecoh isu merotan di kalangan kanak-kanak. 

Pada pendapat saya, merotan itu perlu sebagaimana yang dianjurkan dalam ajaran Islam. Tujuan merotan sebenarnya adalah untuk mendidik tetapi bukanlah untuk mendera anak-anak. 


Menggantung rotan di rumah juga merupakan satu sunnah seperti yang di sabdakan Nabi Muhammad s.a.w.

Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka."

Ada juga dalil berkenaan memukul anak iaitu:

Perintahkan anakmu solat pasa usia tujuh tahun, dan pukullah jika pada usia sepuluh tahun jika ia meninggalkan solat dan pisahkan tempat tidurnya". (HR Ahmad dan Abu Daud dan Hakim dari ibn 'Umar r.a.)

Had tangan ketika merotan.

Jangan melebihi paras ketiak.. umpama kepit buku di ketiak.. jangan jatuh buku itu masa angkat tangan.. Pukul bukan ikut nafsu syaitan.. anak itu amanah Allah.. penghuni Syurga.. Jangan sampai kita dilaknat kerana menzalimi mereka.

*P/s:Perkongsian daripada seorang sahabat.

Sayangi anak kita. Merekalah pewaris generasi akan datang. :)

Salam sayang... Syikin Maarop :)

24 January 2015

Menjemput Rezeki Dengan Cara Mendoakan Ibu Bapa

Assalamu'alaikum.

Selamat berhujung minggu.. 
Saya doakan semua sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta. 

Ayuh! Sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu dan bapa kita, moga-moga amalan itu memurahkan rezeki kita dan hidup tenang.


Salam sayang.. Syikin Maarop:)

23 January 2015

Asid Folik Mengurangkan Stress

B Complex bukan sahaja sesuai untuk wanita yang hamil, mereka yang sering mengalami stress dan migrain juga boleh mengambil supplemen ini sebagai diet harian.

Asalnya customer ni sering berasa stress dengan kerja yang dilakukan. Sahabat saya sarankan untuk mengambil B Complex Shaklee bagi mengatasi tekanan dan dapat bekerja dengan hati yang tenang.. Alhamdulillah hari ni bila ditanya tentang feedback, katanya dia berasa seronok buat kerja sekarang. Dah takde masam-masam muka kerana stress.. 
hehe :)




Terima kasih kerana membaca!~

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

Tips Mudah Bersalin

TIPS MUDAH BERSALIN 

-2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.

-Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.

-Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka

-Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction

-Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin

-Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

-Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (nanti baby lahir kulitnya bersih je)

-Makan kurma dalam bilangan ganjil

-Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby

-Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby

-Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

-Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sbb nt koyak teruk

-Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut

-Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2

-Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

-Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

-Minum air Selusuh. Lebih baik kalau dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang :)


Sumber: Legacy Secret Trading 

22 January 2015

Membongkar Rahsia Anggur Muscadine


Anggur Muscadine ni bukanlah seperti anggur yang biasa kita temui di pasaraya tu ye.. hehe :) Saya rasa kalau dijual pun mesti harganya mahal sangattt.. Sebab apa? Kerana khasiatnya yang saaangattt bagus untuk kesihatan.

Anggur hebat ini merupakan satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih daripada satu kromosom. Kelebihan anggur ini yang mempunyai 20 kromosom menyebabkan ia berpotensi memberikan banyak faedah untuk penyakit kronik seperti kanser, diabetes, dan jantung. 

Selain itu, anggur Muscadine turut mempunyai fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksida yang lebih kukuh. Sebiji anggur Muscadine adalah menyamai sebiji bola golf. Haa.. besar kan? hehe :)

Ahli sains dah memudahkan kita degan mencipta produk yang mengandungi anggur Muscadine nih.. Vivix merupakan inisiatif daripada Shaklee untuk anda mendapatkan khasiat anggur Muscadine. :)

Terima kasih kerana membaca!~

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

21 January 2015

Tak Perlu Seksa Diri Untuk Tanggalkan Blackhead

Apakah perasaan anda apabila hidung anda penuh dengan bintik hitam atau dikenali sebagai blackhead?

Saya antara individu yang tak terkecuali daripada memiliki bintik hitam di hidung. Hmm, bila nak jumpa dengan orang rasa maluuu yang amat sangattt.. Iye lah kan, perempuan tak dapat dipisahkan dengan kecantikan.. hehe :) Kalau muka naik jerawat satu bintik pun boleh riuh sekampung ooo.. hehe :)

Saya nak kongsi satu berita baik berkenaan blackhead nih.. Ada sorang customer saya menggunakan NUTRIWHITE dalam masa kurang daripada sebulan. Alhamdulillah, feedback yang positif dan customer berasa puas hati. Bintik hitam di hidungnya semakin berkurang.. :)


Terima kasih atas testimoni daripada Puan Dieja. ;)

Apakah manfaat Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser?
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
  • Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
  • Lembut dan menyegarkan
 Set Anggun
Terima kasih kerana membaca!~

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

19 January 2015

Giveaway Januari 2015 by Syira Lokman

Segmen blogwalking datang kembali... :)


Kali ni jom kita support blog Syira Lokman.. Menarik juga hadiah-hadiah yang ditawarkan.. 

Anda nak tahu apakah hadiah misteri itu? Sila klik: 

Semoga berjaya! ;)

10 Juta Bakteria Pada Berus Gigi

Dalam setahun, berapa kalikah anda menukar berus gigi? hehe.. Cer jawab.. Secara sedar mahupun tidak, sebanyak 10 juta bakteria yang ada pada berus gigi. Uhuk! Banyak tuu.. 


Tahukah anda?

Anggaran bakteria dianggarkan berada pada pada berus gigi, mengikut hasil kajian penyelidik daripada Universiti Manchester termasuk E.Coli dan Staphylococcus aureus. 

Seperti dipetik daripada India Times, pakar pergigian Dr Ann Wei menyatakan berus gigi sama kotornya dengan lantai bilik air (oh! no). Manakala Carolyn Taggart-Burns, ahli Academy of General Fentistry mencadangkan kita untuk menukar berus gigi terutama apabila sudah terjatuh di lantai ataupun setiap tiga bulan.

Sumber: Majalah i-Sihat Bil: 83

18 January 2015

Vitamin C Mampu Meningkatkan Kesuburan

Hari Jumaat yang lepas saya ada menghadiri kelas kesihatan. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah berkenaan satu fakta ini. 

"Vitamin C mampu meningkatkan kadar kesuburan."


Waaahh! Tergezut saya apabila pakar nutrisi beritahu berita baik nih.. Selalunya saya dengar vitamin C ni untuk ketahanan badan (imunisasi), untuk kecantikan.. Belum pernah lagi saya dengar vitamin C mampu membuatkan seseorang wanita itu hamil. hehe :)

Kajian di kalangan wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan menunjukkan lebih 44% kehamilan berlaku apabila mereka mengambil 500mg vitamin C.

Alhamdulillah atas berita baik ni.. kepada sesiapa yang sedang ikhtiar mendapatkan zuriat, bolehlah ambil vitamin C sebagai supplemen. Pastikan supplemen itu selamat, berkesan, dan mesra alam. Sustained realease vitamin C Shaklee adalah jawapannya. :)

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan vitamin C? Sila klik di sini.

Terima kasih kerana membaca!~

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

17 January 2015

VIVIX Membaiki dan Melindungi Selular DNA

Setiap hari, sel tubuh sentiasa diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Hal ini kerana kita seringkali terdedah dengan pencemaran, makanan yang kurang berkhasiat, dan gaya hidup yang tidak sihat. Serangan-serangan inilah yang merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. 

Dalam satu bengkel kesihatan yang saya hadiri semalam, pakar nutrisi beritahu bahawa Vivix ialah tonik yang dapat melindungi dan membaiki selular DNA. Vivix ialah ikhtiar untuk melindungi sel tubuh daripada terus rosak.
Selain itu, Vivix juga bagus untuk kesihatan jantung, otak, sistem imun, kesihatan sendi, anti penuaan, anti kanser, dan merendahkan tahap kolestrol. 

Kandungan utama Vivix ialah resveratrol yang diekstrak daripada anggur muscadine. Maka tidak hairanlah ada di kalangan pengguna tegar Vivix yang kelihatan lebih muda berbanding usia yang sebenar.. Awet muda gittew.. hehe :)

Ingin tahu maklumat lanjut berkenaan Vivix? Sila klik di sini. :)
Terima kasih kerana membaca!~ 

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

Nak Jadi JUARA Mesti Selalu Berfikiran Positif

Salam. Selamat beristirehat di hujung minggu. Saya doakan anda sentiasa ceria dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Saya suka dengan kata-kata motivasi di bawah nih.. Kata-kata motivasi yang membuatkan kita mencapai apa yang dihajatkan. Seorang JUARA mungin melihat sesuatu perkara itu agak sukar untuk dilakukan, namun tiada yang mustahil kerana segala-galanya dengan kuasa Tuhan.

Semoga anda di luar sana juga sentiasa menjadi JUARA. Stay Calm and Positive!~ :)
 Salam sayang, Syikin Maarop. :)

16 January 2015

Cegah Penyakit Kencing Manis Dengan VIVIX

Kajian kesihatan menunjukkan semakin meningkat usia, semakin berkuranglah metabolisme badan seseorang. Sebab tu lah bila sudah berusia, pelbagai penyakit yang akan kita hidapi. Maka, jalan terbaik ialah cegah sebelum parah. Caranya ialah amalkan gaya hidup sihat dan ambil supplemen sebagai makanan tambahan dalam diet harian kita.. :)

Sempena dengan promosi VIVIX pada bulan Januari ni, saya nak kongsikan beberapa testimoni pelanggan yang menghidap kencing manis atau disebut sebagai diabetes. Alhamdulillah, dengan ikhtiar mengambil VIVIX, luka di kaki akibat kencing manis semakin berkurang.. Jom! Ikuti komen daripada pelanggan setia VIVIX. :)


*Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas

*Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas

*Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas

*Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas

Sekiranya anda ingin mendapatkan tonik ajaib, VIVIX bolehlah menghubungi saya. :)


Terima kasih kerana membaca! :)

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...