27 January 2015

8 Faktor Minuman 3 in 1 Memudaratkan Kesihatan

Masa zaman belajar dulu, minuman 3 in 1 memang menjadi hidangan wajib saya.. Setiap pagi sebelum ke kelas, mesti akan pekena satu sachet air milo. Yang tu je laah minuman yang saya suka.. hehe :) 

Minuman 3 in 1 ni mudah untuk dibawa kemana-mana. Boleh disimpan dalam beg tangan. Lagipun, harganya juga agak ekonomi. Tak perlu nak tambah gula sebab dalam sachet tu memang dah terkandung gula. Tapi, sedarkah kita sebenarnya minuman 3 in 1 ni sebenarnya amat berbahaya untuk kesihatan?

Saya ingin membongkar 8 faktor minuman 3 in 1 boleh memudaratkan kesihatan.

1. Mengandungi lebih 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
2. Gula yang berlebihan bertujuan untuk mengurangkan rasa pahit minuman tersebut.
3. Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
4. Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
5. Setiap pek turut mengandungi sehingga 200 kalori.
6. Jumlah kalori itu menyamai dengan 2 keping roti atau sepinggan roti.
7. Jika diambil 3 paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
8. Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar diperoleh.

*Sila klik imej untuk lebih jelas

Haa.. apa perasaan anda selepas membaca fakta yang saya kongsikan ni? Agak-agak anda nak ambil lagi ke minuman 3 in 1 ni? hmm.. 

Jom! Berubah ke arah gaya hidup sihat. :) Cegah sebelum parah.

Anda boleh rujuk dalam entry 4 jenis makanan yang perlu dielakkan sebagai maklumat tambahan. 

Salam sayang... Syikin Maarop :)

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...