13 January 2015

Back To School :)

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.. Selamat petang Selasa nan indah.. :)

Hari ni dah masuk hari ke-3 persekolahan. Alhamdulillah.. Keadaan cuaca juga semakin baik setelah Allah turunkan hujan rahmat penghujung bulan Disember yang lalu..

Kali ni, saya berpeluang untuk menyampaikan serba sedikit ilmu yang saya tahu kepada anak-anak Syurga yang berumur 4, 5, dan 6 tahun.. Seperti biasa, kalau dah dikatakan kanak-kanak tu semestinya bermacam ragam yang ditunjukkan apabila ibu bapa meninggalkan mereka di sekolah.. hehe :)

Perkara yang cukup sinonim dengan kanak-kanak kalau ditinggalkan oleh ibu bapa ialah menangis.. hehe :) Ada juga kanak-kanak yang cool jer.. Bagi kanak-kanak tahun lepas yang dah biasa dengan sekolah, kawan-kawan, dan guru pastinya tiada masalah. :)

Saya doakan kanak-kanak ni akan menjadi insan yang banyak memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara.

Selamat kembali ke sekolah! :)

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...