25 January 2015

Sunnah Menggantungkan Rotan Di Rumah

Dua tiga hari nih agak kecoh isu merotan di kalangan kanak-kanak. 

Pada pendapat saya, merotan itu perlu sebagaimana yang dianjurkan dalam ajaran Islam. Tujuan merotan sebenarnya adalah untuk mendidik tetapi bukanlah untuk mendera anak-anak. 


Menggantung rotan di rumah juga merupakan satu sunnah seperti yang di sabdakan Nabi Muhammad s.a.w.

Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka."

Ada juga dalil berkenaan memukul anak iaitu:

Perintahkan anakmu solat pasa usia tujuh tahun, dan pukullah jika pada usia sepuluh tahun jika ia meninggalkan solat dan pisahkan tempat tidurnya". (HR Ahmad dan Abu Daud dan Hakim dari ibn 'Umar r.a.)

Had tangan ketika merotan.

Jangan melebihi paras ketiak.. umpama kepit buku di ketiak.. jangan jatuh buku itu masa angkat tangan.. Pukul bukan ikut nafsu syaitan.. anak itu amanah Allah.. penghuni Syurga.. Jangan sampai kita dilaknat kerana menzalimi mereka.

*P/s:Perkongsian daripada seorang sahabat.

Sayangi anak kita. Merekalah pewaris generasi akan datang. :)

Salam sayang... Syikin Maarop :)

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...