30 January 2015

Resepi Apam Susu Yang Sedap

Hari ni sepanjang hari je saya bw.. Jenjalan tambah ilmu dan kenalan.. Sambil-sambil bw tu, tetiba mata saya terhenti bila tengok gambar ni.. Aishh. Terpegun seketika. Terliur pun ada.. hehe :)

 Apam Susu
Ehsan gambar en google.

Nanti nak cuba resepi apam susu ni.. Bahan-bahannya mudah jer.. Cuma rajin atau rajin jer nak buatnya, kan..? hehe :)

Bahan-bahan yang senang sangat nak cari

4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sb ovellet
1 sk kecil esen vanilla
5 sb susu pekat manis
2 cawan tepung gandum -ayak

pewarna kesukaan
perasa

cara-cara
1. panas kan kukusan terlebih dahulu yea.. sebab bila adunan apam siap senang terus kukus je
2. pukul telur dan gula hingga kembang..
3. masukkan ovellet dan esen vanilla... pukul lagi hingga sebati
4. masukkan susu pekat, pukul lagi
5. akhir sekali masukkan tepung gandum yg diayak tadi, gaul rata...

**bahagikan adunan kepada berapa bahagian dan letak pewarna
*** sapukan mentega pada loyang tuangkan adunan, iols selang selikan ikut warna hingga habis
**** kukus kan selama 40 minit atau hingga masak - makesure air dalam kukusan tadi sudah mendidih..


Angkat apam setelah masak.. boleh hidang bersama teh o suam. :)

Sumber resepi: Mama Imanina :)

No comments: