18 October 2014

BERCUTI DI PENDANG LAKE RESORT

Assalamu'alaikum dan selamat pagi.. Salam ceria di hujung minggu..

Hari ni saya bersiaran di Pendang Lake Resort.. hehehe.. Tumpang encik suami ada kursus di sini, saya pun ikut sekali lahh.. Haa.. sangat besar pengorbanan cikgu-cikgu ni kan? Hujung minggu pun kena bekerja.. Semuanya demi kejayaan anak bangsa.. 
(err.. terkeluar dah ayat karangan bahasa Melayu.. hehe)..  

Bilik kami ni bertentangan dengan tasik.. Hmm, sangat indah pemandangannya.. Buka pintu je dah nampak air yang tenang.. Dapat hirup udara yang fresh.. best best best! :)
Setiap kali travel saya akan bawa supplemen.. Sebagai langkah berjaga-jaga.. mana lah nak tau kot-kot ada kecemasan ke, kan? hehe..

Saya akan pastikan Vita-Lea dan GLA sentiasa ada bersama saya.. Vita-Lea ni mengandungi multivitamin dan mineral penting untuk badan.. Dalam vita-lea ni pun dah ada 12 vitamin seperti vitamin A, B, C, D dan E.. Nutrisi seperti zat besi, zink, dan kalsium pun ada dalam vita-lea nih.. Maksudnya vita-lea ni memang lengkap lah dengan vitamin-vitamin yang badan kita perlukan.. Saya ambil vita-lea ni sebab ia membekalkan tenaga segera supaya saya sentiasa cergas dan bertenaga.. Pengambilan vitamin ni bukan saja untuk masa sekarang, tapi juga untuk kesannya pada masa akan datang.. hehe :)

GLA atau gamma linolenic acid pula untuk kecantikan dalaman dan luaran.. Saya ni ada masalah ekzema atau kulit bermasalah.. Dengan GLA, membantu mengurangkan masalah saya ni.. Sebenarnya GLA Shaklee diekstrak daripada borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam evening primrose oil (EPO).. EPO ni lah yang kebanyakan wanita ambil untuk dapatkan kulit yang cantik selain untuk tujuan mengurangkan berat badan.. hehe

Kalau anda berminat untuk dapatkan supplemen ni, bolehlah hubungi saya.. Kecantikan luaran bermula dengan kecantikan dalaman.. :)

Terima kasih kerana membaca. :)

2 comments:

Mimi Azirah said...

Bestnye jenjalan..singgah sini balas kunjungan

syikin maarop said...

Terima kasih, Mimi Azirah :)