02 October 2014

TIPS MENYEGARKAN KULIT MUKA

Tips Menyegarkan Kulit Muka.

Siapa suka minum air teh? Cer angkat jari??? hehe.. Di rumah saya, antara air yang menjadi kegemaran ialah air teh, milo (err.. sekarang dah boikot..), dan susu. Air teh ni kalau dicicah dengan biskut empat segi yang lemak berkrim laaagi sedap!... Minum air teh pulak time petang-petang sambil layan cerita Korea. Waaa... syahdu gittew.. :)

Saya ada tips istimewa untuk anda semua. Tahukah anda??? 
Air teh mampu menyegarkan kulit muka. Percaya tak? hehe... Percayalah... 

Lebihan air teh semalam jika tidak habis diminum, jangan terus dibuang. Baaanyak kegunaannya. Antaranya, ia dapat menyuburkan pokok. Jika kita ingin melihat pokok yang kita tanam hidup subur, siramkan ia dengan air teh tersebut. Petua ni, mak saya selalu juga buat dan hasilnya memang berkesan.
Selain daripada itu, air teh semalaman juga boleh digunakan untuk mencuci muka bagi menyegarkan dan menegangkan kulit muka. Caranya mudah sahaja. 

Sebelum kita membasuh dengan sabun atau pencuci muka, basuhkan muka dengan air teh tersebut. Biarkan 10 hingga 15 minit. Selepas itu boleh dibilas dengan menggunakan air bersih. Lakukan setiap pagi dan lihat hasilnya, pasti akan menggembirakan. :)))

Selamat mencuba! :)
Salam sayang, 
Syikin Maarop (019-4507626)

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...