Skip to main content

TIPS DIDIK ANAK HAFAZ Al-QURAN

Saya kongsi tips ni daripada salah sorang kenalan di facebook. 
Saya doakan tips ini membantu anda yang inginkan anak-anak celik Al-Quran.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillah.
Ampun maaf, saya sangat-sangat tak sempat nak jawab pm yang menderu bertanya tentang bagaimana didik anak hafaz Al-Quran. Saya jawab di sini ya.
1. Saya mula didik anak Quran waktu dalam kandungan. Baca Quran, baca Quran, Baca Quran. Mengandung Muadz saya alahan teruk. Saya baca Quran sambil baring. Niatnya supaya anak dengar Kalamullah. Saya yakin dia sedang berkembang dengan pintar bila mendengar ayat-ayat Allah.
2. Anak lahir : usianya 2 bulan, saya buat flashcard sendiri. Sebab masa tu saya di Madinah, tak jumpa flashcard. Buat guna manilakad je. Tulis besar-besar, baca pada Muadz setiap hari. Sebut huruf tu pada dia sejelas-jelasnya. Dia buat tak tahu je masa tu. Siap ronyok-ronyok lagi

3. Pasangkan dia video Alif Ba Ta. Terkekek-kekek dia ketawa tengok video tu.
4. Pasang Kaset Quran dalam kereta. Pergi mana-mana pasang je.
5. Balik Malaysia, lepas suami cerita tentang Syeikh Mesir didik anak hafaz Quran, kami terus buat keputusan. Mulai hari tu kami pasang Quran sahaja dalam kereta. Quran sahaja. Masuk kereta je terus pasang, walaupun pergi kedai dekat dengan rumah sahaja.
6. Kesan pasang Quran : saya perhatikan anak-anak saya mudah sangat tidur dalam kereta. Sampai orang pelik macamna mereka boleh sopan santun dalam kereta, sebab keluar kereta je terus tak duduk diam. Ya, sekali lagi. Saya yakin dengan keberkatan Al-Quran. Al-Quran menenangkan hati dan jiwa.
7. Selain kereta, abah Muadz rajin bacakan Quran pada anak-anak sebelum tidur. Dia peluk anak-anak kiri dan kanan, then baca Quran. Tak sampai sejam pun kadang-kadang anak dah tidur. 
8. Sampai umur Muadz 2 tahun lebih ( kalau tak silap saya), kami baca Surah Asy-Syams. Tiba-tiba dia sambung! Kami terkejut! Mengalir air mata saya, Maha Hebatnya Allah! Padahal kami masih belum usaha yang maksima lagi. Tapi Muadz dah boleh ingat Surah Asy-Syams masa tu.
9. Kami test surah lain pula. Kami suami isteri baca dalam kereta. Tiba-tiba dia sambung. Sekali lagi terkejut, dia dah hafaz Surah AL-Balad! Allahu Akbar!
10. Disebabkan masuk kereta pasang Quran ni dah jadi habit, maka Muadz ni pun tiap kali masuk kereta takde ayat lain yang dia jeritkan melainkan..." Nak Qoran!! ( Nak Al-Quran)  Ianya terjadi bila saya cuba-cuba nak dengar IKIM.

InsyaAllah yakin ibu ayah, kita semua boleh. Sebab anak kita semua sangat genius, insan-insan takde dosa. Lagi satu, puji anak bila mereka mengaji. Tunjukkan muka ceria dan gembira. All the best!

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Izin Allah.
Sumber: Puan Ainun Mardhiah :)
Terima kasih kerana membaca.

Comments

Popular posts from this blog

BERNIAGA ITU SUNNAH NABI s.a.w

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Perniagaan merupakan sunnah nabi s.a.w. Terdapat juga sabda Nabi Muhammad s.a.w. bahawa 9/10 pendapatan datangnya daripada perniagaan.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: "9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan." (Hadis riwayat Tirmizi).
Aktiviti perniagaan bukan sahaja melibatkan perkara jual beli barang fizikal. Malah ia juga melibatkan seluruh aspek kehidupan kita dari segi pembinaan sahsiah diri (bersikap jujur, adil, toleransi, dan sebagainya semasa berniaga), membina ukhuwwah (jaringan pemasaran-marketing), dan menjadi seorang peniaga yang kreatif supaya perniagaan itu kekal.
Dan hari ini melalui perniagaan, saya menerima satu kemanisan iman apabila seorang pelanggan (customer) menyatakan arwah ibunya sangat menghargai hadiah yang diberikan olehnya. Arwah ibunya memakai telekung yang dihadiahkan olehnya sehingga ke titisan nyawa terakhir. p/s: Haa.. Dah alang-alang saya tulis ni,…

Resepi Nugget Ayam - Homemade

Nugget ialah makanan kegemaran saya.. Selalunya, saya akan beli nugget ayam keluaran Ayamas kalau singgah ke pasaraya. Nugget bukan saja menjadi kegemaran kanak-kanak, orang dewasa (macam saya ni...) pun suka jugak, kan? hehe. Meh saya kongsikan resepi mudah membuat nugget ayam. Resepi ni diambil daripada blog Chena Chenis. Nugget buatan sendiri semestinya selamat, bersih dan dijamin halal.. :) 
Bahan-Bahan:
isi ayam (400gm)4 sudu besar mayonisSedikit garam1 sudu kecil lada sulah2 sudu besar tepung gandumSerbuk rotiSebiji telurCara-caranya: Blend atau kisar isi ayam sampai hancur.Kemudian masukkan bahan-bahan kecuali telur dan serbuk roti.Gaul sampai sebati.bentukkan mengikut citarasa masing-masing.Celup ke dalam telur dan golekkan di atas serbuk roti.Panaskan minyak dan goreng. Inilah hasilnya selepas di goreng. 
Selamat mencuba! 

Resepi Pau Mawar

Resepi Pau Mawar
******************500g tepung pau jenama baker choice
7g double action baking powder
45g shortening
7g mauripan
3 sudu gula pasir
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh  garam halus
10 oz air biasa 235 g
10 g cream super Inti
*******
Kaya
Kaya pandan
Kacang merahCara membuat:1. Ayak tepung pau dgn double action..
2. Kemudian gaulkn shortening dan tepung menjadi serbuk roti
3. Satukan air, gula, dan susu. Larutkan. Biarkan berbuih...dalam 10 minit
4. Campurkan garam dan kacau hingga sebati.
5. Masukan air dalam tepung dan uli hingga jadi doh. Sapukan cream super pada doh....
6. Bahagi kepada 4 bahagian dan warnakan.
Uli doh licin n lembut dalam 1/2 jam kalau guna tgn.. kalau mixer dlm 10 minit @ pastikan doh sekata warnanya.
7. Timbang setiap doh 15 g dsn inti kacang 9g***Kukus hendak lah dijerang dahulu sebelum membuat pau..kalau nak pau kita wangi masa jerang, kukusan tu dicampurkan dengan 10 helai daun pandan...
Baru kukus ye...nanti puan2 semua mesti rasa…