05 October 2014

SALAM AIDIL ADHA 1435H

Allahu akbar... Allahu akbar... Allahu akbar...

Gema takbir di pagi raya memecah keheningan di waktu pagi (ecewahhh... dramatis pulak). hari raya aidil adha juga dikenali dengan nama Raya haji atau raya korban. 

Bila bercakap pasal korban ni, apa yang dikorbankan? Saban hari kita sering dengar ramai yang terkorban menjelang hari raya. Selalunya kes kemalangan di jalan raya ketika orang ramai mahu pulang ke desa. Sedih kan?

Pengertian hari raya aidil adha bagi saya ialah pengorbanan seorang hamba kepada Allah Taala. Sejarah Islam menyatakan bahawa Nabi Ibrahim akur dengan perintah Allah untuk mengorbankan anakandanya Nabi Ismail a.s. Iman seorang Nabi diuji untuk meningkatkan taqwanya di sisi Allah. 

Kisah nabi Ibrahim itu adalah simbolik kepada erti korban untuk hari raya haji. Selain itu, raya haji juga menuntut kita sebagai umat Islam berkorban harta yang dimiliki. Ertinya, harta yang kita miliki bukanlah hak mutlak seorang muslim. Allah adalah pemilik yang abadi dan hakiki. 

Misalnya, daging korban yang kita lakukan itu menuntut kita untuk sama-sama merasa keadaan fakir miskin. Semakin banyak kita MEMBERI, semakin BERTAMBAH laa rezeki kita. Itu janji Allah bagi sesiapa yang BERSYUKUR.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Adha. Maaf Zahir dan batin daripada saya dan suami.

Salam sayang,
Syikin Maarop- 0194507626

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...