20 October 2014

CARA UNTUK MENGAWAL EKZEMA

Apa itu ekzema? Ekzema juga dikenali sebagai kulit sensitif. Dalam istilah perubatan, penyakit ini dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis atopic, iaitu sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal sehingga menyebabkan rasa sakit dan resah. Punca utama ekzema disebabkan faktor genetik (adeh! memang betul laa faktor nih.. salah sorang ahli keluarga saya ada kulit sensitif.. huhu~). 
Dewasa kini, populasi individu yang menghidap ekzema meningkat daripada 30 peratus kepada 60 peratus.. Ini laporan daripada pakar dermatologi Hospital Kuala Lumpur, 
Dr Leong Kin Fon.

Habis tu, macam mana nak kawal ekzema nih? Tak de ke langkah-langkah pencegahan? 

Okeh, jom baca tips di bawah.. Saya kongsikan cara-cara untuk mencegah ekzema:-

1. Pastikan bilik tidur selesa, nyaman, tidak terlalu panas, atau terlalu sejuk. 

2. Elakkan menggunakan karpet dalam rumah. Sekiranya terpaksa menggunakan karpet, pastikan karpet selalu dibersihkan dan tidak berdebu. 

3. Sekiranya anda mempunyai alahan terhadap bulu kucing atau anjing, elakkan daripada memelihara haiwan peliharaan ini. (saya suka kucing.. :) )

4. Elakkan mandi air panas atau suam.

5. Elakkan memakai baju berlapis-lapis bagi mengelakkan anda berpeluh berlebihan.

6. Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengelakkan luka dan jangkitan kuman pada kulit.

7. Bagi pesakit yang mempunyai alahan makanan, elakkan daripada mengambil makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut, telur, dan sebagainya. Sekiranya anda tidak pasti mengenai alahan makanan, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda. 

Saya doakan entry ini bermanfaat untuk anda. :)

Sumber: majalah i-Sihat, Bil. 83.

Terima kasih kerana membaca! :)

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...