26 February 2015

Resepi Nugget Ayam - Homemade

Nugget ialah makanan kegemaran saya.. Selalunya, saya akan beli nugget ayam keluaran Ayamas kalau singgah ke pasaraya. Nugget bukan saja menjadi kegemaran kanak-kanak, orang dewasa (macam saya ni...) pun suka jugak, kan? hehe. Meh saya kongsikan resepi mudah membuat nugget ayam. Resepi ni diambil daripada blog Chena Chenis. Nugget buatan sendiri semestinya selamat, bersih dan dijamin halal.. :) 

Bahan-Bahan:

  • isi ayam (400gm)
  • 4 sudu besar mayonis
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Serbuk roti
  • Sebiji telur
Cara-caranya:
  • Blend atau kisar isi ayam sampai hancur.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan kecuali telur dan serbuk roti.
  • Gaul sampai sebati.
  • bentukkan mengikut citarasa masing-masing.
  • Celup ke dalam telur dan golekkan di atas serbuk roti.
  • Panaskan minyak dan goreng.
Nugget Ayam
Inilah hasilnya selepas di goreng. 

Selamat mencuba! 

3 comments:

Qaseh Abadi said...

senang ja la..blh try ni..tq

Mardiah Diana said...

Salam singgah balas kunjungan di sini...terima kasih sudi singgah blog diana...

Wahh...macam senang nak buat ni...InsyAllah ada masa nak try buat...terima kasih atas perkongsian resepi mudah ini..

Azlia Bashir said...

senang kan..cubalah..

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...